Count 35: To The Laboratory

1.1K 115 9
                                    

Pagi yang nyaman untuk memulakan hari. Ketika matahari sudah naik, ketika itulah Leon berada di halaman rumah sambil berpeluh.

Leon mengambil keputusan untuk joging ketika matahari belum lagi memunculkan dirinya.

Dia mengelap peluh menggunakan tuala sederhana yang dia bawa semasa berjoging.

Ketika dia masuk kelihatan William sedang membaca berita hologram dan Isla yang sedang memasak sarapan.

"Oh, dah pulang. Berapa round kau joging?" Soal William.

"Tak tahu. Aku tak kira.." Balas Leon.

"I see."

"Leon pergilah mandi dulu, kita sarapan bersama." Arah Isla tersenyum.

"Okay." Balas Leon lalu menuju ke biliknya.

15 minit kemudian, Leon turun dengan memakai seluar panjang dan baju lengan pendek berwarna kelabu.

Rambutnya pula dia sisir ke belakang lalu menggunakan pengikat rambut. Mereka bertiga makan tanpa sebarang perbualan.

Setelah semua habis bersarapan, Leon mengambil semua piring lalu dibawa ke dapur.

"Aku rasa, better aku cari rumah sendiri." Kata secara mengejut.

"Kau nak pindah, Leon?" Soal William.

"Yup. Nanti korang berasmara mana best kalau ada orang ketiga. So, better aku undurkan diri."

PANG!

BUK!

"Aiyak!" Leon mengusap kepalanya yang baru dibaling frying pan oleh Isla. Kelihatan muka Isla merah padam.

"Itu yang kau dapat setelah cakap macam tu." Kata William selamba sambil menongkat dagu.

"Aku main-main jelah. Well, reason aku mahu pindah sebab aku dah jumpa rumah. Jarak dalam 1 km begitu." Kata Leon.

"I see. Mahal tak? Kalau mahal aku boleh pinjamkan duit aku kat kau.."

"I've my own money, Will. No need to lend me your money. Save it for your children." Balas Leon selamba.

"Well, if you say that.."

"By the way, its a new apartment building. Jadi, aku cadang nak beli satu bangunan tu. But, since aku tinggal sorang dan duit aku confirm tak cukup, aku beli satu tingkat je." Kata Leon.

"Bapak tamak nak beli satu bangunan, Leon."

"Kan aku cakap aku tinggal sorang dan duit aku tak cukup. Kau dengar ke tidak? Dah berapa hari sejak kali terakhir kau bersihkan telinga?" Soal Leon.

"Erk..."

"Well, aku nak bersiap. Nak bawa senjata aku diselenggara." Kata Leon lalu menuju ke biliknya.

Semasa dalam biliknya, Leon berdiri memerhati dirinya di cermin yang terdapat di dinding biliknya.

Dia mula menukar seluar kepada seluar jeans berwarna hitam.

Dia menekan butang merah di tepi cermin itu lalu siling biliknya mula terturun.

Ya, disebalik siling biliknya terdapat semua jenis yang Leon perlukan semasa menjalankan misi.

Dia memakai gun holder lalu mengambil dua pucuk pistol berwarna hitam dan putih lalu memakai jaket hitam.

Dia keluar dari bilik lalu menuju ke arah garaj. Siling biliknya ternaik sendiri.

Dia segera menghidupkan enjin motosikal miliknya lalu memakai helmet. Seminit kemudian dia keluar dari perkarangan rumah.

Dia menunggang motor dengah kelajuan yang tidak seberapa laju. Tidak lama kemudian, dia tiba di kawasan bandar dan mula membelok.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now