Count 37: Hang Out Or Date?

1.1K 100 22
                                    

Setelah King dan Queen milik Leon sudah siap diselenggara, Leon meluangkan masa sekejap bersama Sarah.

Memandangkan dia tidak mahu mengganggu, masa yang diluangkan itu hanya sekejap sahaja.

Dia memberitahu Sarah untuk berjumpa di Le Matin Cafe. Sarah mengangguk setuju akan cadangan itu.

Keesokan harinya. Tepat jam 10.00 pagi Leon berdiri di hadapan cermin. Dia kini memakai baju t-shirt warna putih dilapisi oleh sweater berwarna kelabu hitam. Seluar pula berwarna biru gelap. Topi di atas meja diambil lalu dia keluar.

William yang perasan akan kelibat Leon memandang pelik ke arah adiknya itu.

"Apahal kau nampak lain hari ni?" Soal William lalu menghirup kopi di gelas.

"Hurmm? Oh. Aku nak date dengan Sarah." Balas Leon selamba.

Hampir tersembur kopi yang diminum oleh William. Isla yang baru kelihatan turut terkejut dengan balasan dari Leon.

"Are both of you already in relationship?" Soal William.

"Hah? Pfft! Of course not. We just gonna hang out for today. Geez, Will." Balas Leon yang sedang mengikat tali kasut.

"Lah..Ingatkan apa benda tadi.." Balas William menghela nafas.

Leon selesai mengikat tali kasutnya. Dia segera berdiri. Helmet diambil.

"Well, its just two of us hang out. So, basically we are date. Ciow!" Kata Leon lalu keluar.

William ternganga mendengar balasan dari Leon. Tidak lama kemudian bunyi enjin motosikal kedengaran.

"Little Leon has taken another step." Kata William.

"Let him be, dear. We shouldn't interfere." Balas Isla tersenyum.

"Hey, miss. Are you free?" Soal William.

"I'm free. Why?" Soal Isla.

"You know..Its just two of us..So.."

"Jom." Kata Isla lalu beredar.

"Wow!" Kata William teruja lalu mengejar isterinya.

Sementara Leon pula baru tiba di Le Matin Cafe. Dia meletakkan motosikal miliknya di sebelah kereta milik Sarah.

Dia segera memasuki kafe. Kelihatan Sarah sedang menghirup segelas kopi. Dia tersenyum lalu segera menuju ke arah Sarah.

"Am I late?" Soal Leon.

Sarah yang sedar akan kelibat Leon hanya menggelengkan kepala. Leon segera duduk berhadapan dengan Sarah.

Leon tersenyum melihat pakaian yang Sarah pakai. Seperti Leon, Sarah juga memakai topi, baju t-shirt warna putih dengan sweater berwarna merah dan putih. Seluar pula ialah seluar jeans berwarna biru gelap dan berkasut sneakers.

"Apa?" Soal Sarah pelik.

"Nothing. Just pakaian kita hampir sama." Balas Leon tersengih.

"Hurmm..."

"Lama kau menunggu?" Soal Leon.

"Dalam 10 minit begitu."

"Tak lama tu. Hahahaha."

Secara mengejut Edith datang sambil membawa minuman yang selalu Leon pesan.

"So, this is your partner?" Soal Edith.

"Ah, yeah. This is Sarah J. Robert. And Sarah, this is Edith Walkers."

"Sup. Sarah." Kata Sarah selamba sambil menghulur tangan.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now