ANNOUNCEMENT

959 70 9
                                    

Ehem! First sekali maaf ini bukan update terbaru tetapi pengumuman. Yes!

Pengumuman guys!

Beberapa orang author lain termasuk aku sedang membuat collaboration! Kami dah menghasilkan sebuah novel bernama:

PANDEMIC

Pada tahun 2320,dunia menjadi bukan lagi dunia yang sama seperti dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada tahun 2320,dunia menjadi bukan lagi dunia yang sama seperti dulu. Manusia hidup dalam ketakutan,mereka terpaksa bergerak secara senyap.

Virus misteri muncul menyerang umat manusia di seluruh dunia,sesiapa yang terkena jangkitan akan bermutasi atau berubah menjadi seekor makhluk yang aneh malah menyerang manusia lain.

Dunia menjadi huru-hara tanpa ada kawalan,barisan hadapan dan para askar serta penguatkuasa telah tewas.

Manusia yang masih hidup sehingga sekarang terpaksa hidup bersembunyi,makhluk aneh itu ada di mana-mana dan menyerang apa sahaja benda yang bergerak.

Namun manusia juga mampu berevolusi,mereka menemui kristal misteri yang menjadi sumber untuk tenaga senjata khas melawan makhluk digelar Walker.

Zachary,ex-security mahir seni pertahanan diri dan juga genius. Dia bergerak solo mencipta senjatanya sendiri,mengikut kehendaknya kemudian dia berjumpa Keira si gadis pedandan rambut tanpa emosi yang mengusik hatinya.

Nolan si penggemar kereta super dan seorang mekanik handalan,terus hidup dan juga mahir dalam penggunaan senjata kerana ajaran orang tuanya dan Lynne si penganggur lepasan University.

Takdir mereka berubah sebaik mereka berempat,bertemu dan membentuk satu kumpulan.

Misi mereka adalah satu..

KEKAL HIDUP!

⚪🔵⚪🔵⚪🔵⚪🔵⚪🔵

Novel ni start dipublish pada 10.00 malam ni!

So, novel ni korang boleh check kat profile Wanzenith ye! So, aku harap korang enjoy baca novel ni.

Sekian itu sahaja daripada aku.

No more 'update cepat' eh.

Ciow!

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now