Count 50: To The Flowery Kingdom

930 95 17
                                    

Majlis menyambut ulang tahun kelahiran Roselle berjalan dengan lancar. Banyak tetamu yang hadir temasuk ibu Sarah.

Hari Ahad berlalu begitu sahaja dan digantikan oleh hari Isnin. Namun, Leon dan Sarah hari ni tidak akan hadir ke akademi selama 3 hari.

Hari ni, Leon dan William bangun lebih awal daripada sebelumnya. Adik beradik itu ternyata bersama-sama membakar rokok.

Habis sahaja pulang dari kediaman Einsley, Leon dan Sarah tidak terus pulang ke rumah sebaliknya bermalam di rumah William.

Asap dihembuskan ke udara. Mereka mendiamkan diri. Tiada perbualan antara mereka berdua. Bunyi burung berkicauan menjadi peneman.

"Today, huh...?" Soal William memecahkan kesunyian.

"Yeah. Its today." Balas Leon.

Sekali lagi mereka mendiamkan diri. Setelah habis menghisap rokok, William beredar untuk mengejutkan Isla. Tidak lama kemudian Leon juga membuat perkara yang sama.

Setelah membuat apa yang patut, mereka bersarapan bersama. Sarah pelik kenapa Leon memakai pakaian serba hitam.

Ditambah lagi dengan satu lambang yang dia tidak pernah lihat. Lambang itu bercorak agak pelik dan terdapar angka 3 dalam tulisan roman.

Begitu juga dengan William. Dia juga memakai pakaian yang agak sama dengan Leon cuma angka di pakaian William ialah 2.

Isla pula berpakaian berwarna kelabu. Hanya Sarah sahaja yang berpakaian agak cerah. Iaitu warna putih dan merah.

"Oh ya, tolong ganti tempat aku mengajar di Second Academy." Leon meminta tolong.

"Boleh tu memang boleh. Tapi semalam aku baru dapat satu misi. Skuad aku diperlukan di Middle Kingdom. Hurmm..Maybe kau boleh minta tolong dengan Scarlet?"

"Scarlet huh? Baiklah. Nanti aku tanya dia."

"Okay. So, semua dah siap bersarapan?" Soal William.

"Dah. Tapi kita nak pergi mana hari ni?" Soal Sarah pelik.

"Well, soon you will know."

**********

"Grave?" Soal Sarah pelik.

"Yeah. There are someone we want to visit." Balas Leon tersenyum. Mereka membawa jambakan bunga.

"Ah. Dah sampai pun korang huh?" Soal Alicia bersama dengan Yuki.

Sarah pelik kenapa mereka berkumpul di kawasan perkuburan. Dia hanya mengikuti mereka dari belakang.

Dalam 2 minit berjalan, mereka tiba di sebuah kawasan yang terdapat dalam kawasan perkuburan itu.

Terdapat 3 monumen pendek tersusun rapat. Sarah memandang ke arah 3 monumen itu. Di monumen itu tertulis:

REST IN PEACE:
RICHARD A. EINSLEY

REST IN PEACE:
LEENA A. EINSLEY

REST IN PEACE:
LEONNA A. EINSLEY

Sarah terkejut melihat nama di monumen itu. Dia melihat ke arah Leon. Wajah remaja lelaki itu kelihatan tenang.

"H-hey, Leon. Don't tell me that.."

"Yeah. Today is the day where I lost my most precious person. Its been a few years since that tragedy happen." Balas Leon dengan lembut.

Leon dan William meletakkan setiap jambakan bunga di monumen ibu bapa mereka diikuti oleh Yuki, Isla dan Alicia.

Leon beralih kepada satu monumen. Sarah pelik kenapa nama yang terpahat pada monumen tu hampir sama dengan nama Leon.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now