Count 20: You Dare?

1.2K 113 3
                                    

Sarah terbangun dari tidur yang nyenyak. Dia memerhati sekeliling. Kelihatan selimut berada di badannya.

Dia juga tersedar akan Leon yang sedar tidur di sofa lain. Dia menuju ke arah Leon. Wajah remaja itu dilihat.

"This person. Hold some very dangerous grudge. His face is so calm when he's sleep. Yet, he can be a beast if he want.." Kata Sarah sendiri.

Dia melihat ke arah jam. Dia segera membulatkan matanya apabila melihat jam yang sudah menunjukkan jam 10.30 pagi.

"AHHHHH!! SUDAH LEWAT!!" Jerit Sarah.

Jeritan itu membuatkan Leon terbangun. Dia segera duduk dengan muka mamai.

"Ah? Sedar? Lewat? Apa ni?" Soal Leon yang masih mamai.

"Bangun, Leon! Kita sudah lewat!" Kata Sarah yang menggoncang tubuh Leon.

"Ah? Lewat? Apa benda kau merepek ni, si pendek? Aku nak sambung tidur balik." Kata Leon seraya menguap.

PAK!

"Aduh! Sakit, lahanat!" Kata Leon marah apabila Sarah menampar pipinya.

"Tu untuk kau panggil aku pendek! Lagi satu sekarang jam 10.30 kita sudah lewat untuk pergi ke Pangkalan!" Balas Sarah.

Leon segera melihat ke arah jam. Dia juga membuat reaksi sama dengan Sarah.

Segera dia berlari ke atas untuk mandi dan bersiap.

"SARAH, KAU BOLEH MANDI DI BILIK HUJUNG TINGKAT ATAS!" Kata Leon.

Sarah hanya mengeluh seraya menuju ke arah biliknya.

**************

Kenderaan dipotong dengan mudah. Leon sedang menunggang motosikal miliknya dan Sarah membonceng.

Cara Leon menunggang motosikal agak berbahaya. Dengan kelajuan penuh motosikal itu, memang buatkan Sarah memeluk kuat Leon dari belakang.

"Perlahan sikit, Leon! Kau terlalu laju!" Tegur Sarah.

"Lebih baik dari lambat!!" Balas Leon. Sarah mengetap gigi.

"Kau tak sayang nyawa ke, setan! Kau fikir nyawa manusia ni banyak ke!? Bawa tu perlahan-lahan sikit!!!"

"Baiklah-!"

Belum sempat Leon memperlahankan kelajuan motosikalnya, satu Unknown terhempas di hadapan mereka menyebabkan mereka terbuang ke atas.

Leon segera memaut Sarah lalu mendarat dengan selamat, manakala motosikal miliknya pula terseret dan berhenti berdekatan sebuah bangunan.

"Celaka! Boleh pula Unknown muncul. Not to say, its Level 5! Goddamnit!" Kata Leon dengan marah.

Kelihatan dua gegaran berlaku. Di sekitar bandar. Leon mengetap giginya.

"3 sekaligus dalam satu hari? Bagus. Mood aku memang ke laut..Bagus juga buat buang stress." Kata Leon.

"Jadi, apa kau nak buat?" Soal Sarah yang masih didukung oleh Leon.

"Kill them all." Balas Leon.

Sarah segera berubah ke bentuk Gun-Scythe. Unknown itu berbentuk seperti harimau bintang tetapi mempunyai enam kaki dan berwarna hitam. Juga bersaiz besar dan setinggi 2 tingkat bangunan.

Baru sahaja Unknown itu hendak bangun, kepalanya sudah terbelah dua dan Leon segera menghancurkan permata yang berada di kepala Unknown itu.

"That's one." Kata Leon dingin.

Dia segera melompat ke arah 2 gegaran itu lagi. Setibanya Leon di sana, kelihatan beberapa orang pahlawan kelihatan sukar melawan dua lagi Unknown yang sama jenis dengan Unknown yang Leon bunuh tadi.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now