Count 23: Fighting In The Ruin

1.2K 104 17
                                    

Keesokan paginya, Sarah membuka kelopak mata apabila sinaran matahari dari celah-celah daun pokok mengenai dirinya.

Dia menggeliat dan meregangkan badannya. Dia menghembuskan nafas berwap. Dia perasan, Leon tidak ada pada tempat dia tidur.

Kesan unggun api masih kelihatan. Di sebelah kesan unggun api itu pula, terdapat segelas kopi berasap berada di atas sebuah meja besi kecil.

Sarah berasa pelik. Dia segera menuju ke arah tempat itu. Kelihatan sekeping kertas berada dilekatkan pada gelas itu.

Find me at the ruin.

Sarah mengangguk faham. Dia segera membunyikan tulang-tulang dia dan segera menyuci muka di sungai berdekatan. Tidak lama kemudian, dia kembali dan membawa gelas kopi itu menuju ke dalam runtuhan itu.

Kopi dibawa dihirup sambil berjalan. Sarah akui, dia masih kagum dengan tempat ini.

Dia terdengar bunyi api. Dia segera mempercepatkan jalanan dia. Kelihatan Leon sedang berlatih berseorangan dengan api yang marak di kedua-dua belah tangan dan kakinya.

Pergerakan Leon kali ini mirip dengan boxing. Sekali sekala dia menggunakan kakinya menendang.

Setiap hayunan tangan amat laju dan padu. Badan Leon yang tidak berbaju dan hanya berseluar paras betis itu kelihatan berkilat akibat peluh.

Posisi kaki bertukar setiap dua hayunan tangan. Sarah kenal akan pergerakan itu. Ya, pergerakan itu adalah pergerakan yang William gunakan. Sarah tahu sebab dia pernah melihat rakaman video William melawan seorang teroris.

Secara mengejut Leon menukar cara dia berlatih. Dari gaya Boxing, bertukar ke gaya Aikido lalu bertukar Karate, Taekwondo dan seterusnya Sarah tidak dapat tahu dari mana Leon ambil dan gunakan.

Pergerakan Leon amatlah sukar dibaca kerana sering bertukar gaya berlawan. Leon seakan berlawan dengan orang lain. Semakin lama semakin marak api pada kedua-dua belah tangan dan kaki Leon.

Dia berhenti dan segera membuka kekuda. Dia menumpukan kuasa. Sarah perasan, tekanan kuasa pada Leon semakin meningkat.

Leon menarik nafas lalu menghembuskannya. Dia menutup matanya. Sarah semakin ingin tahu dengan apa yang bakal dilakukan oleh Leon.

"Release.."

Rambut Leon segera bercahaya kemerahan! Haba disekeliling Leon mula meningkat! Api di tangan Leon juga menjadi lebih marak dari sebelumnya.

Sarah terkejut kerana Leon baru sahaja gunakan teknik yang sama dengan teknik yang dia gunakan, iaitu Burning Soul.

Sarah tersengih tidak lama kemudian, dia meregang sekali lagi ototnya dan mula melepaskan aura dengan kuat. Dia mula melompat setempat dan menghayunkan tangan dan kakinya.

Badan Sarah mula berasap. Kedua belah tangan dan kakinya mula menghasilkan api yang sama marak dengan Leon. Sarah mula tersengih kejam seraya iris matanya bersinar keemasan. Rambutnya juga bercahaya kemerahan.

"Burning Soul."

"HMPH!!"

Leon yang sedang berlatih itu terkejut melihat Sarah dari atas datang menyerangnya.

DUUSHHH!!

Serangan dari Sarah dapat Leon tangkis menggunakan lengan. Dia amat terkejut kerana Sarah menyerangnya tetiba.

"Sarah?"

"So, you're able to use same technique like me? Interesting. I've been waiting this moment. I challenge you, Leon! Fight me!" Kata Sarah tersengih.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now