Count 10: Why You Are So Dense?

1.3K 122 16
                                    

Kelas berjalan seperti biasa. Tiada apa yang menarik yang diajar. Leon seperti biasa, duduk dan menongkat dagu sambil memandang ke arah laut.

Tapi, salah satu sebab yang buatkan dia begitu ialah kerana dia ditenung oleh Sarah dengan pandangan garang.

Semua yang berada di kelas tu sedar akan hal itu. Chloe yang mengajar juga sedar.

"Sarah? Sarah?" Chloe cuba memanggil nama Sarah tetapi dia tetap tidak menoleh. Chloe mula kegeraman.

"Sarah J. Robert!!" Kali ini Chloe memanggil nama Sarah dengah penuh dan lantang. Sarah terkejut apabila Chloe memanggil namanya dengan lantang.

"Hah, ada apa panggil?"

"Boleh jelaskan, bagaimana Pasangan boleh menggunakan 'Evolve'..??" Soal Chloe seraya memeluk tubuh.

"Cara bagi sesebuah Pasangan itu untuk menggunakan 'Evolve' ialah mereka kena mempunyai kepercayaan yang teramat kukuh. Kuncinya ialah kepercayaan yang teramat kukuh. Jika sesebuah Pasangan itu tidak mempunya kepercayaan yang kukuh, mereka tidak akan mampu menggunakan 'Evolve'. Sekarang, 9 Warriors of Humanity boleh menggunakan Evolve. Hanya, seorang yang tidak boleh menggunakannya. 2 orang lagi mempunyai 'Evolve' yang agak istimewa."

Semua yang berada di kelas itu terdiam dengan penjelasan daripada Sarah. Chloe mengangguk setuju dengan penjelasan Sarah.

"Baiklah, seterusnya, apa yang berlaku sekiranya sesebuah Pasangan itu menggunakan 'Evolve'...??" Soal Chloe lagi.

"Banyak kelebihan yang akan diterima sesebuah Pasangan itu."

"Contoh?"

"Contohnya, Pasangan itu boleh bertarung dengan lebih lama. Dengan erti kata lain, kekuatan mereka akan meningkat dan stamina mereka tidak akan berkurang. Dan, mereka juga boleh lepasi limit mereka. Jika perlukan contoh, boleh ambil contoh dari Aleysha Sieghart dan Mikaile Regunoff, apabila mereka menggunakan 'Evolve'...mereka jadi tidak terkalah. Malah, Aleysha boleh menghancurkan ribuan musuh dengan hanya sekali petikan jari. Ini terbukti pada 5 tahun dahulu apabila The Second Unknown Invansion terjadi." Balas Sarah dengan panjang lebar.

"Bukan itu sahaja, pengetua akademi kita juga pernah menggunakan 'Evolve'. Ini juga terbukti apabila The Second Unknown Invansion terjadi. Dia menggunakan kuasanya untuk menyeru 3 Strongest Spirit Guardian iaitu King Arthuria of Auntumn, Queen Celestia of Elkia dan Zelraga of Raging Clan untuk bertempur di samping dia." Sambung Sarah.

"Tambahan pula, Ryuusaki Kojiro juga telah menggunakan Red Tsukuyomi dan telah menyeru 'Aka no Susanoo' milik Akane Sanada, salah satu daripada Pahlawan yang dipilih oleh God Hazen iaitu God of Destruction untuk melindungi Divine Palace daripada dicerobohi oleh kegelapan. Dia-"

"Okay, berhenti di situ. Penjelasan kamu sudah lebih dari cukup. Honestly, bagaimana kamu mempunyai kebolehan untuk mengetahui sejarah-sejarah kuno? 3 Strongest Spirit Guardian? Aka no Susanoo? Perkara seperti itu hanya Profesor tertinggi sahaja yang tahu." Kata Chloe seraya menghela nafas.

"Profesor tertinggi? Maksud cikgu Profesor Keilan Weelfield?" Soal Sarah.

"Takkan itu pun kamu tahu!? Sudah! Duduk..!" Balas Chloe marah.

Sarah duduk dengan penuh pertanyaan. Pelajar yang lain mula berbisik sesama sendiri. Freya, Steve, Rina dan Allison turut terkejut dengan pengetahuan yang dimiliki oleh Sarah.

"Sudah! Senyap semuanya. Kita sambung pembelajaran!" Kata Chloe.

Sarah tersentak lalu menyambung semula merenung Leon dengan pandangan yang garang. Leon hanya mampu mengeluh.

Kelas berjalan seperti biasa. Sejam kemudian, loceng berbunyi tanda rehat sudah bermula. Leon tanpa membuang masa segera keluar diikuti oleh Sarah.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now