Count 19: In The House

1.2K 110 12
                                    

"Ok, Sarah. Just calm down and act as usual." Kata Sarah sendirian.

Ya, dia kini berada di rumah William. Bersama dengan Leon.

Remaja lelaki itu sedang berada di tingkat atas rumah.

"Ini bukan kali pertama kau masuk. So, just calm down..."

"Sarah, meh beg kau." Kata Leon yang turun dari tingkat atas.

"Wait. Bilik aku kat mana?" Soal Sarah.

"Sebelah bilik aku je. Jangan risau. Aku takkan intip kau. Lagi satu, kau ada bawa blueprint kereta kau tu, kan?" Soal Leon.

"Ah. Ada.."

"Bagus. Kau letak je kat meja. Pastu tunggu aku di garaj." Arah Leon.

"Ah. Okay.." Balas Sarah.

Leon naik semula ke tingkat atas rumah. Manakala Sarah pula segera menuju ke arah garaj.

Setibanya dia di situ. Kelihatan kereta merah miliknya berada bersebelahan dengan motosikal milik Leon.

"Seriously? Kenapa dia nak bantu aku baiki kau?" Soal Sarah seraya mengusap bahagian atap kereta itu.

"Sebab aku nak guna kereta ni ke Southeast City. Malam ni aku akan jadi burung hantu. Esok tengah hari kita akan gerak." Balas Leon secara mengejut.

"Wha-!? Hey! Kenapa nak gunakan kereta aku!?" Soal Sarah bengang.

"Sebab aku malas naik pesawat. Lagi pun aku nak menikmati keindahan alam semula jadi." Balas Leon seraya menuju ke arah Sarah.

"Tapi takkan nak guna kereta aku!?"

"Kalau kau bagi aku pandu kereta ni, aku akan tunjukkan kau satu runtuhan kuno yang belum pernah kau lihat lagi. Yang tak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah." Kata Leon sambil mengumpan Sarah.

"Baiklah. Aku benarkan kau pandu." Kata Sarah sambil menaikkan ibu jari dan dengan pandangan bersinar teruja.

"Too easy.." Desis hati kecil Leon.

Leon hanya tersenyum seraya menekan satu butang merah pada dinding garaj itu. Sarah kelihatan pelik.

Tidak lama kemudian, lantai garaj itu mula terbuka luas. Sarah terkejut melihat rumah William mempunyai ruangan bawah tanah.

Sekali lagi Sarah terkedu melihat ruangan bawah tanah itu. Penuh dengan senjata yang berbahaya. Tidak kurang juga tempat bagi kereta diuji.

"Biar betul!?" Soal Sarah tidak percaya.

"Hahaha! Aku dah agak! Kau mesti terkejut punya!" Kata Leon tersengih.

"Semua senjata ada kat sini? Kau biar betul, Leon!?"

"What? Semua senjata ni asli punya. Tiada main copy." Balas Leon.

"Wait, kau nak buat apa dengan Ruby aku?" Soal Sarah.

"Ruby? Who?"

"My car! I named it as Ruby!"

"Heh....Never though that you are cute one, aren't you?" Soal Leon sinis.

Pipi Sarah mula memerah. Dia menggembungkan pipinya. Leon hanya tersengih sahaja.

"Kau pergilah naik atas. Layan tv ke? Layan game ke? Oh. Kalau kau nak layan game, boleh masuk bilik aku. Semua jenis game ada kat situ. Kalau kau nak membaca ke boleh pergi ke arah bilik hujung sekali di tingkat atas." Kata Leon.

"Jadi kau?" Soal Sarah.

"Aku nak bongkar balik si Ruby kau ni hah...Nak pasang senjata yang sesuai. Kena buat persediaan awal. Dah! Shu! Shu!" Balas Leon sambil menggayakan tangan menghalau Sarah dari situ.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now