Count 68: List & Plan

731 73 51
                                    

Bunyi burung berkicauan menjadi lagu di awal pagi. Sarah bangun dengan muka mamai.

Remaja perempuan itu menggosok mata lalu meregangkan badannya sambil menguap. Kemudian dia turun dari katil lalu masuk ke bilik mandi.

Leon pula masih lagi tidur. Tidak lama kemudian, Sarah selesai mandi. Dia menuju ke bilik Shion berada untuk mengejutkan Shion.

Yang bagusnya mengenai Shion ialah anak kecil ini tidak susah untuk dikejutkan. Hanya beberapa kali Sarah memanggil namanya sambil mengusap kepalanya, dia sudah bangun.

Sarah terkadang terfikir juga, sepanjang dia tinggal sebumbung dengan Leon dan Shion, kehidupan mereka tidak jauh beza dengan pasangan suami isteri bersama anaknya.

Dia menghela nafas lalu turun untuk membuat sarapan. Namun, apabila dia tiba di bawah, kelihatan Elucia sudah pun selesai menghidang sarapan mereka.

"Woah. Kau ke buat semua ni?" Soal Sarah terkejut.

"Yeah." Balas Elucia ringkas.

Tidak lama kemudian, Leon, Azumi serta Shion juga turun. Mereka segera duduk di tempat disediakan.

"Sarah, kau yang masak hari ni?" Soal Leon lalu meminum segelas kopi.

"Huh? Taklah. Bukan aku yang masak ni." Balas Sarah.

"Habis tu siapa?"

"Elucia."

"Wheww. Patutlah sedap. Sesedap pandangan manismu padaku. Chia chia chia!"

BRAKKKK!!

Memandangkan tempat duduk Elucia dengan Leon tidak jauh, si wanita naga dengan senangnya menumbuk Leon hingga terkeluar dari rumah.

Sarah dan Shion bersarapan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Azumi pula hanya melihat Leon di luar.

"Oii, Leon boy. Are you alive?" Soal Azumi selamba. Leon membalas dengan manaikkan ibu jarinya.

"Ah. Still alive. Good." Ujar Azumi lalu sambung menyantap sarapan yang dimasak oleh Elucia.

Setelah selesai bersarapan, Sarah naik ke bilik untuk bersiap ke akademi. Namun, Leon pula tidak bersiap setelah dia menerima satu mesej.

"Elucia, boleh kau menyamar sebagai aku untuk hari ni?" Soal Leon.

"Nope. Menyamar sebagai kau adalah perkara yang terakhir aku buat." Balas Elucia.

"Alaa kau tak pergi ke kelas aku. Kau just stay kat bilik di mana mak cik aku berada dengan Shion."

"Still no."

"The message I received is from Nightmare. He say he has all information I need about the person we talked." Ujar Leon dengan serius.

Elucia mengeluh. Azumi pula hanya mendiamkan diri bersama dengan Shion.

"Fine. Just this time."

"Thank you." Ucap Leon.

Tidak lama kemudian Sarah turun dan pelik kenapa Leon tidak bersiap.

"Kau kenapa tak bersiap?"

"Sorry. Aku ada hal hari ni. Kau terpaksa pergi ke akademi dengan Shion. Sebagai balasan, aku bagi kau tunggang motosikal aku dan Elucia akan menyamar sebagai aku. Oh, aku akan masakkan makanan kesukaan kau nanti." Balas Leon.

"Well, aku okay je. Dah lah. Aku nak gerak. Jom Shion, Elucia." Ajak Sarah lalu keluar bersama Elucia dalam bentuk rupa Leon dan Shion.

Kini, tinggal Leon dan Azumi sahaja berada dalam rumah. Azumi seperti biasa akan menghisap rokok paip panjang miliknya.

LEON: THE TIME CONTROLLERDove le storie prendono vita. Scoprilo ora