Count 71: Special Mission

687 77 36
                                    

Loceng berbunyi tanda tamatnya masa pembelajaran untuk seharian. Semua pelajar mula mengemas barang masing-masing.

Sayaka dan Yu pula kini dalam perjalanan pulang ke rumah milik Leon memandangkan dia menerima arahan daripada Leon sendiri.

Manakala Leon kini sedang menuju ke tempat di mana kereta milik Sarah dibaiki. Dia menerima panggilan daripada mekanik bahawa kereta milik Sarah sudah siap.

Setibanya di tempat yang dituju, Leon tersenyum lebar melihat wajah baharu kereta milik Sarah.

"Damn, Leon. This is the last one you sent such a scrap into our workshop!"

"Hahahaha! Sorry, old man. I will pay for this okay?"

"Hmph! You better pay it."

Setelah habis berurusan, Leon dengan senang hati menghidupkan enjin kereta lalu memandu menuju ke destinasi, iaitu pasaraya.

Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta, dia segera menuju ke pintu masuk pasaraya raya itu.

Namun, dia berhenti seketika apabila dia bertembung dengan seseorang yang amat dia kenali.

"Ah, Janette." Tegur Leon.

"Urgh, Leader.." Balas Janette.

"Janganlah begitu dengan aku. Jom cari barang. Alang-alang dah jumpa ni.." Ajak Leon tersenyum lalu mengambil troli.

Janette tidak membalas sebaliknya hanya mengambil troli lalu mengikuti Leon dari belakang.

Mereka berdua mencari barangan dan makanan yang diperlukan. Lama juga mereka berdiam diri.

"So, how's your relationship with your family?" Soal Leon memecahkan kesunyian.

Tiada balasan daripada Janette. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Leon menghela nafas.

"How's your father? Dah semakin sembuh?" Soal Leon lagi.

"Yeah. Dia dah boleh tersenyum sekarang." Balas Janette lalu dia tersenyum.

Leon yang menyedari senyuman milik Janette itu mula tersengih. Dia mengusap kepala Janette membuatkan Janette berasa pelik.

"Kali ni, aku belanja. Kau amiklah apa yang patut dan apa yang kurang. Aku belanja.." Ujar Leon.

"Eh!? Kau jangan nak mengada sana. Aku kau mesti nak suruh aku buat benda yang tak berguna lagi.." Balas Janette yang ingin menolak.

"Taklah. Aku ikhlas nak belanja kau. Haih..Boleh tak jangan berwaspada dengan aku? Bukannya aku nak ngap kau di atas katil pun."

BRAK!

Orang lain melihat ke arah mereka berdua setelah Leon mencium lantai akibat ditumbuk oleh Janette.

"Say like that once again and you will be frozen by me! Hmph!"

Leon bangkit perlahan-lahan sambil mengusap tempat dia ditumbuk oleh Janette.

"Fine."

Setelah semua selesai, mereka berdua keluar dari pasaraya. Janette mengucapkan terima kasih kepada Leon.

"Ah, sebelum tu..Nah. Buat belanja tambahan untuk ayah dan adik perempuan kau." Kata Leon setelah menghulur beberapa keping wang.

"Eh!? Tak payahlah!" Balas Janette yang ingin menolak sekali lagi.

Leon mengambil tangan Janette lalu meletakkan beberapa keping wang tersebut di tangannya.

"Amik duit ni buat belanja tambahan. Aku faham kau susah payah kerja untuk tampung keluarga kau. Dengan ayah kau yang tak seberapa sihat, mak kau yang kaki judi dan adik perempuan kau yang masih bersekolah, aku faham susahnya nak tampung kos sara hidup. Jangan risau, aku takkan tagih duit ni semula." Kata Leon tersenyum lalu meninggalkan Janette.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now