Count 64: Keeper of the Sacred Forest

744 69 17
                                    

Mereka berdua menuju ke arah kantin akademi. Pelajar lain hanya melihat ke arah Leon.

Mungkin kerana baju yang dipakainya sekarang. Tidak lama kemudian, seorang pelajar datang ke arah mereka berdua dan menyampaikan pesanan daripada Alicia.

Satu keluhan panjang keluar daripada mulut Leon lalu dia dan Sarah menuju ke bilik pejabat pengetua.

Setibanya mereka di sana, Leon menjungkit sebelah keningnya apabila melihat semua pelajar dari Akademi Akarov berada di situ.

"Ah. Ada apa panggil ni?" Soal Leon selamba.

"Kau kena selesaikan perkara ni, Leon." Balas Alicia serius.

"Hah?"

Sarah melihat sekitar bilik itu. Kelibat Yuki dan Shion tiada di bilik itu. Mungkin, Alicia mengarahkan supaya Yuki membawa Shion berjalan-jalan di sekitar akademi sementara mereka menyelesaikan perkara ini.

"Kenapa aku perlu selesaikan? Tu mamat biru lebam aku tumbuk kat sana tu yang mulakan. Sepatutnya dia yang perlu selesaikan hal ni." Balas Leon tidak puas hati.

"Tapi, kenapa pelajar Ashley cakap kau yang mulakan?" Soal Alicia.

"Eh? Aku pula? Nak aku bakar Akademi Akarov?" Soal Leon yang mengeluarkan api berwarna merah kehitaman di tangan kanannya.

"Try me.." Balas Alicia yang segera mengeluarkan auranya.

Semua pelajar dari Akademi Akarov itu meneguk air liur apabila merasa tekanan daripada aura yang dikeluarkan oleh Alicia.

"Haih..Sudah. Aku malas nak panjangkan hal ni. Kau, aku nak kau minta maaf kat Sarah sekarang." Arah Leon.

Tetiba seorang pelajar berdiri dan memandang tajam ke arah Leon.

"Maafkan saya tapi sepatutnya anda yang patut meminta maaf kepada rakan saya kerana telah teruk membelasahnya." Kata pelajar itu.

"Aku? Minta maaf? Kau suruh aku minta maaf? Kau nak tahu apa yang bedebah tu cakap? Dia cakap kat Sarah yang Sarah ni ialah 'Lonely Dog'...! Dan kau suruh aku minta maaf? Kau nak aku bunuh kau!?" Soal Leon yang mula meradang. Aura membunuh jelas dirasai oleh semua pelajar!

"T-then...How about you, Sarah?" Soal pelajar itu.

"Renard, aku rasa kau sendiri faham perangai Ashley macam mana. Dia takkan puas selagi dia nampak aku." Balas Sarah selamba.

"Mana ada! Kau jangan buat fitnah, Sarah!!!" Sampuk Ashley yang cuba menafikannya.

Alicia yang melihat perbalahan di hadapannya hanya mampu mengeluh. Leon juga turut mengeluh lalu menghilangkan aura membunuh miliknya.

"Fine." Ujar remaja lelaki itu lalu melempar sebilah belati yang terpacak di hadapan Ashley.

"Take that dagger. If you can touch me, I will apologize to you. But, if you can't go apologize to Sarah."

Ashley mengambil belati itu namun dihalang oleh pelajar bernama Renard.

"I'm sorry but, I can't let him do that." Ujar Renard.

"Then how about you? Come attack me, nameless student." Balas Leon.

"Its Renard Sieghard. And I will replace Ashley. Get ready.." Kata Renard yang mengeluarkan auranya.

Leon hanya berdiri dan menunggu serangan daripada Renard. Remaja lelaki itu menghembuskan nafas lalu dia menghilang!

SWINGG!!

Alicia dan Sarah mendiamkan diri. Manakala pelajar Akademi Akarov yang lain terkejut apabila melihat Renard yang sedang terapung di udara.

Iris mata Leon memaparkan angka nombor tiga dalam tulisan roman. Remaja lelaki itu tidak sama sekali berganjak dari tempat dia berdiri.

LEON: THE TIME CONTROLLEROpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz