Count 69: Alicia In Action

728 76 22
                                    

"So far, korang berdua ada berjumpa dengan sesiapa?" Soal Leon.

"Err...Pasal tu.."

"Kenapa ragu-ragu nak jawab? Chill, niat aku datang hari ni nak tanya korang berdua je..."

"Kalau pihak dari bandar ni, yeah..Kami ada berjumpa. Kami beri semua maklumat yang kami tahu."

"Gina Beatrice dan Thomas Hudson...Dari data yang aku terima, korang berdua boleh dikatakan antara ahli baru dalam Revolutioner. Apa sebab korang sertai kumpulan yang bakal dihapuskan?" Soal Leon.

Dihadapan Leon kini ialah Gina dan Thomas yang menjadi tahanan Bandar Kristal. Setibanya mereka di bandar ini, pihak tentera mengurung mereka di penjara khas.

Gina yang cedera dirawat dengan baik oleh doktor tentera. Sebagai balasan, mereka membocorkan semua rahsia yang mereka tahu kepada pihak tentera.

Setelah beberapa hari, mereka diberikan sebuah rumah apartment dan dibenarkan untuk tinggal di rumah itu.

Berbalik kepada situasi sekarang, Leon kini ditemani oleh Azumi yang sedang merokok. Trevor pula pulang semula ke hotel tempat dia menginap.

"Kami berdua merupakan pembunuh upahan. Sesiapa sahaja kami akan bunuh asalkan bayaran yang diberi adalah lumayan." Balas Thomas yang mula menceritakan sebab mereka berdua menyertai Revolutioner.

"Satu hari, kami berdua bertembung dengan Thierry. Dia yang mengajak kami supaya menyertai kumpulan pembunuhan upahan yang dia cipta. Pada mulanya kami menolak tetapi setelah dijanjikan hadiah yang lumayan kami bersetuju untuk menyertai Thierry." Sambung Thomas.

"Hanya kerana wang korang berdua bersetuju?"

"In order to survive. Anything is possible."

"Okay. I understand. So, that's the only reason that both of you joined them, right?"

"Yep."

"Alright. Sekarang kau akan mendapat perlindungan dari pihak tentera. Dan Gina, aku minta maaf sebab aku terkasar dengan kau tempoh hari."

"Ah. Its okay.. Sesiapa pun akan marah kalau pasangannya ingin diculik."

"Well, aku hargainya." Kata Leon lalu ingin keluar diikuti oleh Azumi.

"Oh sebelum tu, korang nak lihat wajah Thierry semasa aku bunuh dia nanti?" Soal Leon yang berada di pintu.

"We prefer not. Right now when Revolutioner is gone, we gonna start our new life." Balas Thomas tersenyum.

"Good answer. I like it. If you two want, I can recommend both of you into First or Second Division." Ujar Leon tersenyum lalu keluar bersama Azumi.

"That was interesting offer. Right, Gina?" Soal Thomas lalu menghirup segera teh.

"Yeah. We might change our life.."

Leon dan Azumi kini berada di bawah apartment. Remaja lelaki itu menghela nafas panjang lalu tersengih.

"Kau nak buat apa lepas ni, Leon?" Soal Azumi.

"Kau pula nak buat apa?" Soal Leon semula.

"Aku mungkin pulang. Nak tidur mengantuk ni." Balas Azumi lalu menguap.

"Okay. Kau baliklah dulu. Aku nak jalan-jalan kejap. Sambil tu bolehlah aku cari barang apa yang kurang." Ujar Leon.

"Okay.." Balas Azumi.

Belum jauh jarak Azumi dari Leon, tempat mereka mula bergegar! Tidak lama kemudian gegaran itu semakin kuat dan menyebabkan cermin bangunan pecah, kereta juga mula berbunyi!

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now