Count 2: Prepare For The Ritual

1.8K 146 18
                                    

Leon dan Sarah berjalan ke sekolah bersama-sama. Tiada perbualan antara mereka berdua.

Ramai pelajar akademi yang sedang dalam perjalanan ke akademi melihat ke arah mereka. Apa tidaknya, Sarah hanya tinggi paras lengan Leon saja.

Dalam perjalanan itu, mereka berdua terserempak dengan Freya dan Steve.

"Freya, Steve...Good morning.." Tegur Leon selamba.

"Ah! Leon. Good morning. And who is this? New student?" Soal Freya.

"Yeah. She's about our age. 18 years old.." Balas Leon.

"Eh!? Really?" Soal Steve.

"Huh!?" Sarah memandang ke arah Steve dengan pandangan menggerunkan.

"Hey, stop look people like that." Tegur Leon sambil menepuk kepala Sarah.

"Hah!?"

"Look. This is Freya and Steve. The most powerful Warrior in Crystal Academy. You just a lonely human weapon with no partner. So, know yourself."

"Hey, Leon. No need to be harsh with her. Again. My name is Freya Billford. And this is my partner, Steve Jr." Freya memperkenalkan dirinya dengan satu senyuman di wajahnya.

"I don't need to know who you are.." Balas Sarah acuh tak acuh.

Satu urat timbul di dahi Freya. Dia tersenyum marah. Steve di sampingnya hanya mendiamkan diri sambil mengusap belakang Freya.

Leon pula menghela nafas panjang. Tidak pernah dia jumpa remaja sebayanya yang biadap seperti Sarah.

"Hey, boleh tak kau bersopan sikit? Ayat kau boleh buatkan orang terasa hati, tahu tak?" Leon cuba menegur.

"Tch. Get loss..." Balas Sarah lalu berjalan meninggalkan mereka bertiga.

"Haih...This girl..I hope she didn't enter our class.." Kata Leon.

"Mana awak jumpa dia, Leon?" Soal Freya.

"Aku jumpa dia di tengah jalan yang selalu aku amik untuk ke akademi. Dia sedang tertiarap. Pastu aku tanyalah dia kenapa dia bertiarap di tengah jalan...Boleh pula dia salahkan anjing liar sebab anjing liar tu curi melon bread miliknya..." Balas Leon.

"Ouh..." Balas Freya.

"Oh ya, Freya..Aku ada benda nak beritahu.."

"Apa dia?"

"Aku nak berhenti dari menjadi salah satu Ahli Elit di akademi.." Kata Leon selamba.

"Hah? Siapa yang akan ganti tempat awak nanti?" Soal Freya terkejut.

"Aku tak tahu. Itu kau punya tugas. Lagipun, korang dah sedia kuat tanpa ikut arahan aku jika korang berada di medan pertempuran. Aku nak jalani kehidupan sebagai pelajar yang biasa. Tanpa ada gangguan." Balas Leon.

"Tapi..."

"Please, Freya..? Aku dah tiada hak dalam kalangan Ahli Elit. See? Hanya aku sahaja yang seorang Wielder yang tiada Partner. Ramai lagi pelajar tahun pertama yang lebih berbakat dari aku." Kata Leon merayu.

"Saya..Saya akan cuba. Tapi, awak akan dikeluarkan daripada Ahli Elit jika kami sudah jumpa penggantinya." Kata Freya.

"Nice. Memang itu yang aku mahukan." Kata Leon.

"By the way, aku dengar, adik sepupu kau merupakan tahun pertama di akademi ni. Betul?"

"Kau maksudkan Scarlet A. Einsley? Haah. Dia pelajar tahun pertama di akademi ni. Biarlah sana. Lebih baik kalau aku tak bersemuka dengan sesiapa dari keluarga sebelah bapa aku." Balas Leon dingin.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now