Bab 30

851 62 15
                                    

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.



    Aniesha memeluk tubuhnya dengan kedua - dua belah tangannya sambil kaki mengikuti langkah kaki Khai. Sesekali matanya meliar memerhati rumah banglo yang berada dihadapannya.

Khai yang berjalan dihadapan Aniesha langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Sesekali mulutnya bersiul perlahan.

"Kau tukar baju dulu lepastu barulah aku hantar kau ke balai polis. Boleh??"kata Khai memecah kesunyian malam.

"Kenapa awak tak hantar saya terus ke balai polis. Kalau saya tukar baju , mesti polis pelik kenapa pakaian saya bersih sedangkan saya cakap saya diculik."perlahan sahaja Aniesha berkata - kata.

"Kau ingat balai polis tu duduk sebelah rumah aku. Ambil masa 1 jam juga untuk ke balai polis dari sini."grill pintu rumah banglo itu dibukanya.

Wajah pucat milik Aniesha itu langsung tidak dipandangnya. Ibu jarinya diletakkan diatas satu skrin yang berada bersebelahan dengan pintu rumah banglo itu.

Pintu rumah itu automatik terbuka sebaik sahaja cap jari Khai berjaya dikesannya. Aniesha hanya mengikut langkah kaki Khai tanpa banyak bunyi.

"Kau duduklah dekat sofa tu dulu. Aku pergi ambil air buat kau."suis lampu ditekannya membuatkan keadaan yang sebentar tadi kelam menjadi terang benderang.

Kunci kereta dilemparkannya kearah meja kaca yang berada ditengah - tengah sofa. Perlahan - lahan Aniesha mengorak langkah menghampiri sofa itu lalu duduk.

Matanya meliar memerhati sekeliling rumah itu. Bunyi pintu terbuka membuatkan kepala terpaling menghadap orang yang membukanya.

"Khuraizi?"soal Aniesha perlahan sambil matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh yang tidak jauh dari pintu utama rumah itu.

"Aniesha? Apa kau buat dekat rumah aku ni?"soal Khuraizi bersama wajah berkerut.

Langkah dibuka menghampiri Aniesha sebelum punggungnya dilabuhkan diatas sofa yang berhadapan dengan Aniesha itu. Keningnya dijongketkan kearah Aniesha bagi mendapatkan jawapan.

"Kau kenal ke perempuan ni?"soalan dari satu suara menyentakkan Aniesha.

Kelihatan Khai keluar bersama dua gelas jus oren ditangannya. Gelas jus oren itu diletakkan diatas meja berhadapan Aniesha sebelum dia mengambil tempat bersebelahan dengan adik lelakinya itu.

"Classmate aku."tubuhnya dihempaskan diatas sofa menghadap Aniesha.

"So apa kau buat dekat sini?? Mana kawan - kawan kau?? Biasa korang ni pergi mana - mana mesti berkepit je."komennya sambil kakinya diletakkan diatas meja kaca ruang tamu rumah itu.

Wajah bersahaja ditayangnya apabila abangnya itu memberi kerlingan tajam apabila melihat perbuatan biadapnya itu. Perlahan - lahan gelas berisi jus oren yang terletak elok diatas meja kaca itu dicapai oleh Aniesha.

Knightz Vs DarkroseDove le storie prendono vita. Scoprilo ora