Bab 4

2K 76 2
                                    

    Izzara Karmiella merenung lama ikan - ikan emas yang terdapat dalam kolam ikan yang bersebelahan dengan taman bunga milik ibunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


    Izzara Karmiella merenung lama ikan - ikan emas yang terdapat dalam kolam ikan yang bersebelahan dengan taman bunga milik ibunya itu . Walaupun sudah hampir 2 jam mereput di situ , entah kenapa dia tidak mempunyai hati langsung untuk melangkah masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu .

Ikan - ikan emas yang berenang - renang di dalam kolam itu dipandang penuh minat walaupun dia tidak tahu apa yang menarik sangat tentang ikan - ikan itu . Sesekali dia tersenyum seorang diri apabila melihat gelagat ikan - ikan itu .

Dia tersentak apabila bahunya disentuh secara tiba - tiba dari belakang . Wajahnya dipalingkan menghadap seorang wanita yang agak berusia .

"Cik Izzara , Tuan Iskandar suruh cik bersiap . Dalam masa 30 minit lagi , keluarga Tuan Raziq akan sampai ."Izzara menganggukkan kepalanya bersama wajah kosong .

Ikutkan hatinya , dia langsung tidak berminat untuk menyertai mana - mana majlis yang berkait rapat dengan Raziq . Dia terpaksa menyertai majlis tersebut hanya kerana tidak mahu memalukan ayahnya yang beria - ria mengajak keluarga Raziq makan tengahari di rumah mereka .

Hanya kerana ayahnya terhutang budi dengan keluarga Raziq , ayahnya sanggup mengorbankan kebahagiannya dengan mengahwininya dengan Raziq . Yang dia tidak boleh terima ialah mengapa dirinya yang harus jadi galang gantinya .

Sedangkan kakaknya Ezlya atau Izreen belum berkahwin . Muhammad Raziq Bin Muhammad Fauzi .

Siapa sahaja tidak kenal dengan jejaka bernama Muhammad Raziq itu . Salah seorang pelajar yang boleh dikategori sebagai hotstuff dalam kalangan pelajar Universiti Elit Veronica .

Hanya kerana lelaki itu berwajah kacak serta merupakan dari keluarga berada . Malah lelaki itu juga terkenal dengan sikap playboynya dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah mereka .

"Cik Izzara ."Izzara merengus geram apabila mendengar panggilan itu .

Bersama wajah protes , dia bangun dari bangku lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu . Wajah terasa dengan sikapnya , milik Mak Midah langsung tidak dipandangnya .

Pintu bilik dihempasnya dengan kuat . Keluhan berat dilepaskan sambil tubuhnya disandarkan pada pintu bilik .

Gaun berwarna biru yang tersangkut elok pada almari pakaiannya dicapai . Langkah kaki dibuka menuju kearah tandas .

 Langkah kaki dibuka menuju kearah tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now