Bab 37

669 61 16
                                    

   ''Kenapa kamu kahwin tak bagitahu mummy !? Nasib baik Ariana bagitahu mummy , kalau tidak sampai mati pun mummy tak tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   ''Kenapa kamu kahwin tak bagitahu mummy !? Nasib baik Ariana bagitahu mummy , kalau tidak sampai mati pun mummy tak tahu .'' memetir suara Tengku Raihana sebaik sahaja Tengku Rayyan melabuhkan punggung keatas sofa berhadapan dengan wanita separuh umur itu .

Tengku Arryan hanya memandang kosong wajah merah isterinya yang menahan amarah . Tengku Ariana pula duduk bersebelahan dengan Tengku Raihana sambil sesekali tangannya mengusap lembut bahu ibu saudaranya itu .

'Hipokrik .'bisik Tengku Raykarl yang turut berada di ruang tamu rumah agam milik Tengku Arryan .

''Ari tak faham . Kenapa abang setuju untuk kahwin dengan perempuan murah tu . Abang tahu tak yang perempuan tu selalu sangat keluar masuk hotel dengan lelaki . Entah - entah abang dah kena ubat pengasih dengan perempuan tu .''kata Tengku Ariana bersama wajah tidak percaya ditayangkan .

Dalam diam dia tersenyum jahat sebaik sahaja matanya menangkap perubahan wajah ibu saudaranya itu . Pandangan tajam yang dilemparkan oleh sepupunya itu diabaikan .

''Mummy nak Rayyan ceraikan perempuan tu sekarang juga . Perempuan macam tu juga kamu pilih buat isteri . Kamu dah hilang akal ke apa !?''suara Tengku Raihana bergema memenuhi ruang tamu rumah agam itu .

''Mummy jangan nak merepek boleh tak . Rayyan penatlah . Kalau mummy tak ada apa - apa lagi nak cakap , Rayyan nak balik .''Tengku Rayyan sudah bangun dari duduknya .

''Rayyan , mummy belum habis cakap lagi !! Rayyan !!''jerit Tengku Raihana apabila melihat anak sulungnya sudah bangun dari duduk .

''Sebab perempuan tu , abang nak jadi anak derhaka ke apa .''langkah kaki Tengku Rayyan saat mendengar kata - kata Tengku Ariana itu .

Tengku Arryan mengetuk - ngetuk jarinya diatas pemegang sofa . Wajah anak sulungnya itu tidak dipandang namun telinganya dibuka luas untuk mendengar balasan dari anak lelakinya itu .

''Hah .''ketawa sinis terlepas keluar dari bibirnya . Wajahnya dipalingkan menghadap sepupunya itu , Tengku Ariana .

''Kau siapa nak labelkan aku as anak derhaka ? Hanya gelaran sepupu , kau tak ada hak nak masuk campur dalam urusan aku . Perempuan yang sanggup buat apa sahaja yang kau nak even tidur dengan lelaki , kau tak layak nak nasihatkan aku . Cermin diri kau dulu sama ada kau tu bersih tak dari segala penyakit . Jijik aku tengok muka kau dalam rumah ni .''wajah Tengku Ariana berubah saat mendengar kata - kata yang keluar dari mulut Tengku Rayyan itu .

''Aa..bang ..''

''Rayyan !! Siapa ajar kamu jadi biadap macam ni hah !?''pantas sahaja tangan Tengku Raihana hinggap pada wajah kacak milik anak sulungnya itu .

Tengku Rayyan tergelak sinis sambil tangannya naik mengusap permukaan pipinya . Tengku Ariana menekup mulutnya bersama wajah tidak percaya jelas terpancar pada wajahnya . Mata Tengku Raykarl terbuntang melihat perbuatan ibu kandungannya itu .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now