Bab 15

1.3K 69 2
                                    

  

   Seorang gadis melangkah turun dari sebuah kereta sport

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Seorang gadis melangkah turun dari sebuah kereta sport . Kedua - dua belah tangannya dibawa masuk ke dalam poket seluar .

Tangannya diletakkan diatas mesin menscan identiti . Mulutnya mengunyah chewing gum .

"Welcome

Shasha Nabiella ."

Pintu terbuka secara automatik sebaik sahaja identiti dikenalpasti . Dia berjalan masuk ke dalam mansion itu dengan bersahaja .

"Zarul ."panggilnya saat matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sibuk mengelap pistol kesayangannya .

"Ouh Sha ,  apa kau buat dekat sini ?? Kau dah sihat ke ??" soal lelaki yang dipanggil Zarul itu .

"Tolong detect keberadaan Raja Aliff ."kata Shasha tanpa memandang wajah Zarul .

"Dah kenapa ??"soal Zarul bersama wajah berkerut .

Shasha dan Raja Aliff merupakan adik beradik susuan . Jadi siapa tidak berasa pelik apabila tiba - tiba sahaja gadis itu menyuruhnya mencari kedudukan lelaki itu .

Telefon jelah . Apa yang susah sangat .

"Just do it ." tajam anak mata Shasha menikam wajah Zarul .

"Tak perlu . Aku dah ada dekat sini ." sampuk satu suara menyentakkan Shasha dan Zarul .

Raja Aliff elok sahaja berdiri dihadapan mereka sambil memeluk tubuh dan tubuhnya disandarkan pada dinding . Tajam anak mata Shasha menikam wajah tidak bersalah Raja Aliff .

"Mana Hanna ?? Aku tahu dia bersama dengan kau . Jangan buat kerja gilalah , Raja Aliff ."sinis sahaja nada yang digunakan oleh Shasha itu .

"Mati ." sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Raja Aliff .

Tersentak Zarul apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Raja Aliff itu biarpun dia tidak mengetahu mengenai perkara yang dibincangkan oleh kedua ketuanya itu . Shasha tertawa sinis apabila mendengar ayat Raja Aliff itu .

"Kau nak permainkan aku !?"kolar baju Raja Aliff ditarik kasar sambil tubuh lelaki itu ditolaknya ke dinding .

Raja Aliff tertawa kecil apabila melihat amarah Shasha itu manakala Zarul sudah cuak . Risau dia sekiranya berlaku pergaduhan antara dua ketuanya itu .

Mereka berdua sememangnya tidak boleh dipercayai apabila amarah sudah naik ke kepala . Pernah sekali mansion itu hancur disebabkan mereka berdua .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now