Bab 36

820 57 17
                                    

Shasha melangkah masuk ke dalam villa milik Tengku Rayyan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shasha melangkah masuk ke dalam villa milik Tengku Rayyan itu . Villa itu sedikit berbeza dibandingkan dengan villa yang digunakan untuk mengurung Aniesha dan Hanna itu .

Sebaik sahaja selesai majlis di rumah keluarga Raja Aliff itu , Tengku Rayyan terus membawanya ke villa itu . Shasha memandang suasana villa yang agak kelam itu disebabkan oleh warna dinding yang berwarna hitam keemasan itu .

Tengku Rayyan terus menghilang sebaik sahaja tiba di villa itu . Keluhan berat dilepaskan Shasha sebelum dia melangkah kearah dapur .

Gelas dicapai sebelum peti sejuk dibukanya . Satu botol air mineral dibawa keluar lalu dibuka dan dituangkan ke dalam gelas .

Tekaknya yang sebentar tadi terasa kering terus terasa segar . Gelas diletakkan di dalam sink sebaik sahaja mendengar jeritan Tengku Rayyan yang memanggil namanya itu .

Tengku Rayyan yang berdiri diatas tangga itu memandang Shasha dengan tajam . Dengan perlahan - lahan Shasha melangkah menghampiri Tengku Rayyan .

"Kau ni pekak ke apa hah !! Aku panggil tu boleh tak menyahut !! Aku bukannya bercakap dengan hantu !!"jerkah Tengku Rayyan bersama wajah bengisnya .

"Tak , aku pergi dapur tadi ."perlahan sahaja Shasha sambil kepalanya ditundukkan memandang lantai .

"Menjawab !!"rambut Shasha direntapnya dengan kasar sebelum kepala wanita itu didongakkan supaya memandang wajahnya .

Shasha mengerutkan dahinya menahan sakit . Tangannya naik memegang tangan Tengku Rayyan yang mencengkam rambutnya dengan erat .

Gila !! Itulah sahaja yang Shasha dapat ungkapkan sebaik sahaja mendengar kata - kata lelaki itu .

Baru sahaja sebentar tadi lelaki itu menyuruhnya agar membalas kata - katanya . Dan sekarang , tidak sampai beberapa minit dia sudah melenting apabila dia menjawab pernyataan lelaki itu .

Tengku Rayyan menguatkan genggamannya apabila melihat fikiran Shasha mulai menerewang ke arah lain . Wajah bengis jelas terpancar pada wajah kacak miliknya itu .

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni !!"Shasha memejamkan matanya saat telinganya menangkap suara nyaring milik Tengku Rayyan itu .

Entah kenapa sebelum ini dia langsung tidak menyedari bahawa suara lelaki itu seolah - olah tertelan mikrofon . Bingit !!

Betullah orang cakap , sebelum kahwin kita akan nampak kebaikan orang itu sahaja . Sebaik sahaja selepas berkahwin , semua keburukan orang itu akan muncul dengan sendirinya .

Tubuh Shasha diheretnya menaiki tangga menuju ke arah bilik utama . Sebaik sahaja sampai di bilik , tubuh Shasha dilemparnya dengan kasar tanpa sebarang riak bersalah .

Shasha yang tidak sempat membuat apa - apa , kepalanya terhantuk pada kepala katil . Shasha memegang kepalanya yang terasa berdenyut - denyut akibat hentakan yang agak kuat pada kepalanya itu .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now