Bab 17

1.4K 80 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





   Hanna Nadiella hanya mendiamkan dirinya sambil menundukkan kepalanya memandang permukaan lantai . Tengku Rayyan , Raja Aliff dan Syed Areyz duduk dihadapannya sambil masing - masing sibuk membuat kerja sendiri .

Tengku Rayyan langsung tidak menghiraukan keberadaan Hanna disitu . Tangannya sibuk menekan - nekan keyboard telefonnya itu .

Syed Areyz pula sibuk membelek - belek kuku tangannya . Sambil membelek kukunya , kakinya diangkat lalu diletakkan diatas meja yang terdapat ditengah - tengah antara sofa itu .

Terserlah sikap biadapnya disitu . Manakala Raja Aliff pula memandang Aniesha dengan tajam tanpa sebarang kata .

Bunyi bising dari luar rumah menyentakkan Hanna . Malangnya Hanna langsung tidak berani untuk mengangkat kepalanya kerana Raja Aliff memandangnya tanpa lepas .

Satu tubuh ditolak kearah Hanna menyentakkan gadis itu . Terkedu Hanna saat menangkap wajah pemilik tubuh itu .

Aniesha .

Aniesha turut terpana saat melihat keberadaan Hanna disitu . Hanna langsung tidak berani bergerak untuk menolong Aniesha .

"Apa lagi yang kau nak dari aku , Aliff ??"soal Aniesha sambil matanya berani menentang anak mata Raja Aliff .

" Apa lagi aku nak ye ?? Kau tanya seolah - olah kau yang menjadi mangsa sekarang ni . Kau dah bunuh adik aku dan sekarang kau boleh tanya aku soalan bodoh macam tu . Kau ni memang tak tahu malu ke ??"Raja Aliff mengetuk - ngetuk permukaan sofa sambil satu lagi tangannya menongkat dagu .

"Orang tak ada kemaluan memang macam tu ." komen Syed Areyz dengan perlahan .

Tengku Hafiez menggelengkan kepalanya apabila mendengar kata - kata Syed Areyz itu . Raja Aliff tertawa sinis apabila mendengar kata - kata rakannya itu .

"Aku nak kau terseksa atas apa yang kau dah buat dekat adik aku ."tajam anak mata Raja Aliff menikam anak mata Aniesha .

"Aku tak bunuh adik kau !! Yang bawa kereta tu , Hanna !! Hanna yang langgar adik kau !!"jerit Aniesha bersama wajah bengang .

Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia terpaksa menderita diatas kesalahan orang lain . Biarpun dia bersubahat dalam merahsiakan hal itu .

Terpana Hanna saat mendengar kata - kata Aniesha itu . Tidak sedarkah gadis itu bahawa dia yang bertanggungjawab diatas kematian adik Raja Aliff itu .

Aniesha yang menghalang dirinya dari membawa Raja Arisya ke hospital . Gadis itu yang beria - ria memberitahu bahawa tiada siapa yang akan mengetahui hal itu .

Dan sekarang dia meletakkan kesalahan 100% diatas bahunya . Matanya berkaca - kaca memandang Aniesha bersama wajah tidak percaya .

"Tapi kau bersubahat !!"jerkah Raja Aliff sambil tangannya menghentak permukaan meja kaca dihadapannya itu .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now