Bab 9

1.5K 69 4
                                    

  

   Hanna Nadiella bangun dari duduknya sambil membetulkan baju kemeja miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   Hanna Nadiella bangun dari duduknya sambil membetulkan baju kemeja miliknya . Langkah kakinya dibuka menghampiri Shasha , Izzara dan Aniesha yang menunggu sejak tadi .

Bahu Shasha ditepuknya dengan perlahan apabila tubuhnya berdiri disebelah sahabatnya itu . Izzara hanya mampu menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat perangai kebudak - budakan rakannya itu .

Langkah kaki dibuka oleh mereka berempat menuju kearah cafe universiti . Suasana koridor kelas yang sunyi sepi dipecahkan dengan suara riuh rendah daripada mereka berempat .

Shasha tersenyum pendek apabila melihat tingkah rakan - rakannya yang berbual tanpa mengingati dunia . Langkah kaki mereka berempat terhenti apabila dihalang oleh ahli Knightz .

"Apa korang nak ni !?"soal Izzara bersama wajah sedikit masam apabila perjalanannya untuk ke cafe dihalang oleh empat malaun dihadapannya itu .

Matanya sempat menjeling manja kearah Syed Areyz . Syed Areyz membalas jelingan Izzara itu dengan kenyitan mata .

"Ada sesuatu aku nak tanya korang berempat ."kata Raja Aliff bersama wajah mendatar .

Berkerut dahi Shasha apabila mendengar nada suara Raja Aliff itu . Hanna , Izzara dan Aniesha saling berpandangan saat melihat wajah tegang Raja Aliff itu .

"Ni gelang siapa ??"seutas gelang berwarna silver dikeluarkannya dari poket seluar lalu ditunjukkan kepada ahli Darkrose .

Wajah Hanna pucat lesi apabila melihat gelang itu . Perubahan wajahnya itu tanpa dia sedar ditangkap dari hujung mata Raja Aliff .

Dalam diam , dia tersenyum sinis . Berkerut dahi Shasha saat melihat gelang berwarna silver .

Perlahan tangannya mencapai gelang itu lalu dibeleknya beberapa kali . Raja Aliff hanya memerhati perbuatan Shasha itu .

"Hanna , ni bukan gelang kau ke ?? Macam mana boleh ada dengan Raja Aliff ??"soal Shasha sebelum memandang wajah pucat lesi milik Hanna .

Wajah Izzara dan Aniesha turut pucat apabila melihat gelang itu . Berkerut dahi Shasha apabila melihat riaksi rakan - rakannya itu .

Tajam anak mata Raja Aliff menikam wajah ketiga - tiga ahli Darkrose itu . Wajah keliru milik Shasha itu dipandangnya sambil kepala digelengkan perlahan .

Perlahan Raja Aliff melangkah menghampiri Hanna . Pantas tangannya naik mencengkam leher Hanna sambil tubuh gadis itu ditolak ke dinding .

"It's you . Kau bunuh adik aku !?"cengkaman pada leher Hanna diketatkannya .

"A...aku ta..k fa....ham a...pa ya...ng ka...u mak...sudkan ."kedua - dua belah tangannya naik cuba meleraikan cengkaman tangan Raja Aliff itu .

"Polis jumpa gelang ni dekat tempat adik aku dilanggar . Tak salah lagi , kau pembunuh adik perempuan aku ."tajam anak mata Raja Aliff menikam anak mata Hanna .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now