Bab 33

1K 73 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



   Hanna duduk berhadapan dengan cermin sliding door yang memisahkan antara bilik tidur dan balkoni sambil kedua - dua belah tangannya naik menongkat dagu. Wajah bosan jelas terpancar pada wajah.

Sudah hampir sebulan lebih dia dikurung di dalam rumah milik Tengku Rayyan. Sudah lama dia tidak bertemu empat mata dengan Raja Aliff.

Kawasan rumah itu juga sudah dipenuhi dengan anak - anak buah Tengku Rayyan. Kalau sebelum ini , nak nampak batang hidung diaorang pun payah.

Nampak sangat yang Tengku Rayyan sudah mengubah fikiran selepas kejadian dia dan Aniesha berjaya melarikan diri. Namun , sehingga sekarang masih tiada khabar berita tentang Aniesha.

Dia juga ada mendengar bahawa Tengku Hafiez telah menangkap keluarga Aniesha. Hal ini menyebabkan dia mengubah fikiran untuk melarikan diri kerana dia tak nak menyusahkan keluarganya.

Buat kesekian kalinya dia mengeluh perlahan. Matanya menangkap sebuah kereta Lamborghini Huracan berwarna putih masuk ke dalam perkarangan rumah itu.

 Matanya menangkap sebuah kereta Lamborghini Huracan berwarna putih masuk ke dalam perkarangan rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raja Aliff melangkah turun dari kereta itu bersama wajah bosan. Lama Hanna merenung wajah lelaki yang menjadi pujaannya itu disebalik cermin balkoni bilik.

Apabila lelaki itu mengangkat wajahnya keatas , pantas sahaja Hanna menarik langsir menutupi cermin itu. Tubuhnya disandarkan pada cermin itu sambil tangannya naik ke dadanya.

Jantungnya yang berdegup dengan laju sebaik sahaja matanya sebentar tadi sempat bertentangan dengan mata Raja Aliff. Wajahnya memerah menahan malu apabila dia sedar bahawa dia kantoi merenung lelaki itu.

"Hensem."bisiknya perlahan bersama senyuman nipis dibibirnya.

Sungguh , dia sudah gila bayang. Walaupun lelaki itu sering naik tangan ke tubuhnya , sumpah dia katakan dia tidak mampu untuk membencinya.

Sungguh cinta itu buta!! Wajah dingin lelaki itu sering muncul didalam mimpinya membuatkan dia terus jatuh dan jatuh.

Dia yakin , sesiapa sahaja yang berada di tempatnya pasti akan merasakan hal sama. Orang hensem siapa je boleh benci , betul tak?

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now