Bab 39

593 57 8
                                    

     Jari jemarinya terhenti menaip pada permukaan keyboard laptopnya itu saat matanya menangkap satu gambar yang jelas terpapar pada permukaan laptopnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Jari jemarinya terhenti menaip pada permukaan keyboard laptopnya itu saat matanya menangkap satu gambar yang jelas terpapar pada permukaan laptopnya itu . Dia ketawa terbahak - bahak saat memikir bahawa kemenangan akan menyebelahinya kali ini .

Dia yakin sekiranya gambar itu dihantar kepada Tengku Rayyan , hidup Shasha akan menjadi lebih sengsara . Dan yang paling menarik , wanita itu pasti akan diceraikan oleh sepupunya itu . Tidak hanya itu , dia pasti sepupunya itu akan berterima kasih kepadanya dengan mengahwininya .

Gambar yang terdapat dilayar laptop dia itu menunjukkan Shasha yang sedang menghalakan pistolnya kearah seorang lelaki dalam lingkungan umur 40an . Dan lelaki itu ialah ayah kandungnya , Tengku Ariana merangkap bapa saudara kesayangan Tengku Rayyan .

Ayah kandungnya itu meninggal dunia 2 tahun lepas akibat dibunuh . Namun kes itu terpaksa ditutup memandangkan pihak polis tidak dapat menemui sebarang bukti berkaitan pembunuh ayahnya itu . Dan dia langsung tidak menyangka bahawa Shasha merupakan dalang disebalik kematian ayahnya itu .

Memikirkan tentang latar belakang Shasha membuatkan dia semakin yakin dengan gambar tersebut . Shasha Nabiella , anak perempuan ketua DarkSea dan satu - satunya pewaris DarkSea yang masih ada .

DarkSea , sebuah organisasi pembunuh upahan yang terkuat di Malaysia . Mereka susah nak ditangkap memandangkan mereka ada perjanjian dengan pihak Interpol . Mereka bekerjasama dengan pihak Interpol dalam menangkap penjenayah yang menjadi target pihak Interpol .

Kerana itulah , sampai sekarang organisai itu masih berdiri kukuh dan bebas di luar sana . Memikirkan Shasha membuatkan Tengku Ariana kembali ketawa terbahak - bahak .

''Well , jangan salahkan aku . Salahkan diri kau sendiri sebab rampas Rayyan dari aku . Aku akan pastikan Rayyan bunuh kau dengan tangan dia sendiri . Hahahahaha .''butang print ditekannya bersama senyuman jahat .

Dia yakin dengan menggunakan gambar itu sudah boleh membuatkan Shasha jatuh tersungkur pada kakinya . Dan pada saat itu dia akan pastikan wanita itu merayu kepadanya . Bukan merayu untuk hidup tapi sebaliknya iaitu merayu untuk dibunuh .

Telefon pintarnya dicapai lalu nombor telefon Tengku Rayyan didailnya bersama senyuman lebar menghiasi bibirnya . Panggilan pertama tidak dijawab dan panggilan kedua turut tidak dijawab . Senyuman lebar yang menghiasi bibirnya sebentar tadi perlahan - lahan mengundur .

''Abang Rayyan !!'' jerit Tengku Ariana sebaik sahaja panggilan ketiga dijawab oleh sepupunya itu .

Senyuman lebar kembali menghiasi bibirnya . Suasana sunyi memenuhi panggilan itu sebelum satu suara dingin membalasnya .

''Speak .''dingin sahaja nada suara yang digunakan oleh Tengku Rayyan . Tengku Ariana langsung tidak kesah dengan sikap dingin sepupunya itu , yang pasti hatinya ketika ini sedang bersorak riang apabila lelaki itu menjawab panggilannya .

''Ari ada something nak bagitahu abang . Boleh tak abang jumpa Ari malam ni ?''soal Tengku Ariana bersama suara penuh pengharapan .

''Busy . Bagitahu jelah dekat phone .''balas Tengku Rayyan tanpa panjang lebar .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now