Bab 32

854 62 14
                                    

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.



    Izzara yang sibuk memasak didapur itu dihampiri Hanna. Izzara hanya memandang Hanna secara sekilas.

"I'm sorry , Zara. Sebab aku , kau terheret sama dalam masalah ni."kata Hanna dengan perlahan.

"Honestly , aku tak menyesal sebab terheret sama dalam masalah ni. Dan Hanna , semua ni bukan salah kau."api dapur ditutupnya perlahan sebelum tubuhnya dialihkan menghadap Hanna.

"Kenapa?? "wajah berseri milik Izzara dipandangnya.

"I'm happy with Areyz. Even though Aliff hates me, he didn't attack me like the first time he found out about the accident. I know that I should not be happy at the expense of other people. But Hanna i have no regrets because i love Areyz."perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulut Izzara.

Hanna tersenyum mendengar kata - kata Izzara itu. Lama wajah Izzara dipandangnya.

Wajahnya cukup menjelaskan bahawa dia bahagia. Tangan Izzara digenggamnya perlahan.

"Kau layak untuk bahagia , Zara. Aku gembira bila dengar kau tak menyesal kahwin dengan Areyz. Aku...."air mata mulai terkumpul pada kelopak matanya.

"Hanna , kau pun layak untuk bahagia weh. Aku yakin yang Aliff tak pernah bencikan kau. Dia cuma ego dan rasa bersalah. Dia cintakan kau dan dalam masa yang sama dia rasa bersalah dekat adik dia sebab dia tak mampu nak bencikan orang yang dah bunuh adik dia."tubuh Hanna dipeluk Izzara sambil belakang sahabatnya itu diusap perlahan.

Hanna menggelengkan kepalanya perlahan sebaik sahaja mendengar kata - kata sahabatnya itu. Dia tidak yakin dengan apa yang dikatakan sahabatnya itu.

Mana mungkin lelaki itu mencintainya setelah apa yang dia dah buat. Dia hanya nampak kebencian dalam mata lelaki itu sebaik sahaja mereka bertentang mata.

"Trust me , Hanna. He love you so much."bisiknya perlahan.

Hanna hanya memejamkan matanya. Mata Izzara menangkap kelibat suaminya berdiri dihadapan pintu dapur itu.

Syed Areyz menjongketkan keningnya kearah isterinya itu apabila melihat drama air mata itu. Izzara menggelengkan kepalanya kearah suaminya tanda jangan menganggu mereka.

Syed Areyz hanya mengangkat bahunya sebelum melangkah pergi. Hanna tergelak perlahan sebelum keluar dari pelukan Izzara.

"Thank you , Zara."serak sahaja suara Hanna kedengaran di telinga Izzara.

"Welcome. Kau kawan aku dunia akhirat , Hanna."bahu sahabatnya itu ditepuknya beberapa kali.

Hanna tergelak perlahan sebelum kedua - dua belah tangannya naik mengelak air mata yang membasahi wajahnya. Kepalanya dijengukkan kearah kuali yang berada diatas dapur.

"Boleh pula aku buat drama air mata pagi - pagi ni. Kau dah siap masak ke? Nanti suami kau turun nak makan , tengok - tengok makanan tak siap lagi."katanya apabila melihat Izzara berjalan menuju kearah kabinet pinggan mangkuk.

Knightz Vs DarkroseTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon