Bab 31

726 55 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   Puntung rokok dibuangnya ke tanah sebelum kasutnya memijak puntung rokok yang masih berbara itu. Matanya tajam memandang sebuah rumah agam dihadapannya itu.

"Semua dah ada ke?"soal Raja Aliff sambil pistolnya yang berada diatas atap kereta sport miliknya itu diambil lalu diselitkan dibelakang seluarnya.

"Don't worry , semua dah ada."balas Zack bersama wajahnya sedikit tegang.

"Sebenarnya kita tak perlukan ramai orang pun. Aku yakin tak ada sesiapa pun akan halang kita."Raja Aliff melangkah kearah anak buahnya yang sibuk memerhati sekeliling.

"Sediakan payung sebelum hujan."dingin sahaja balasan Zack.

Tajam sahaja matanya memandang sekeliling bagi memastikan tiada pihak musuh yang memerhati mereka. Tambah - tambah Raja Aliff berada bersama mereka.

Siapa sahaja tidak mengenali Raja Aliff , four in command DarkVader. Mahu jadi perang besar sekiranya pihak musuh mengetahui lelaki itu bersama dengan DarkSea.

Ya , Raja Aliff meminta bantuan DarkSea untuk menyelamatkan Shasha. Dia sudah bosan menunggu arahan dari Tengku Rayyan yang lebih mementingkan diri sendiri itu.

Memang tidaklah , dia mahu meminta bantuan lelaki itu. Walaupun anak buahnya dalam DarkVader ramai , namun dia malas sekiranya maklumat mengenai Shasha sampai di telinga lelaki itu.

"Get ready. Kita masuk sekarang."arahnya setelah memastikan sekelilingnya selamat dari sebarang musuh.

Beberapa orang lelaki memakai pakaian serba hitam berlari dalam senyap menuju ke pintu utama rumah agam itu. Mereka bersembunyi disebalik pagar rumah itu sebelum salah seorang dari mereka memandang keadaan di pintu utama rumah agam itu.

Dua jarinya digerakkan kehadapan tanda tiada musuh dan mereka boleh melepasi rumah itu. Kumpulan kedua pantas berlari kearah pintu utama rumah itu.

Masing - masing mengintai disebalik tingkap. Salah seorang ketua mereka membuka perlahan pintu utama rumah itu.

Pistol yang berada didalam genggamannya digenggam erat. Pintu itu dibukanya dengan luas sebaik sahaja menyedari rumah itu kosong.

"No hay nadie en esta casa."bisik lelaki itu perlahan apabila Raja Aliff dan Zack berjalan menghampirinya.

[ There is no one in this house. ]

"I told you."kata Raja Aliff sebelum melangkah masuk ke dalam rumah agam itu diikuti Zack dan beberapa orang lelaki.

Suasana ruang tamu yang sunyi itu membuatkan masing - masing semakin erat mengenggam pistol. Bunyi jam yang berdetak perlahan memecahkan kesunyian malam.

"Berpecah."arah Zack sebelum dia membuka langkah naik ke tingkat atas rumah agam itu.

Raja Aliff turut membuka langkah menuju kearah kearah dapur. Suasana yang gelap itu langsung tidak membataskan penglihatannya.

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now