Syed Areyz hanya mengekori langkah kaki Raja Liyana dan Raja Hairuddin tanpa kata . Sesekali matanya meliar memerhati sekelilingnya .Langkah kakinya terhenti apabila matanya menangkap satu nama yang terletak elok dihadapan sebuah bilik vvip . Raja Hairuddin hanya menjeling sekilas kearah Syed Areyz yang terkaku itu .
Shasha Nabiella .
Syed Areyz memandang kearah Raja Hairuddin dan Raja Liyana bagi mendapatkan kepastian . Raja Liyana hany tersenyum nipis manakala Raja Hairuddin masih kekal dengan wajah bekunya .
Pintu dibuka Raja Hairuddin dengan perlahan - lahan sebelum mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik itu . Syed Areyz terkaku pada tempat dia berdiri saat matanya menangkap kelibat Raja Aliff yang sedang mengelap lengan seorang perempuan dengan menggunakan tuala basah .
Lebih memeranjatkan dirinya ialah perempuan tersebut merupakan Shasha Nabiella . Bekas kekasih sahabatnya sendiri .
Wajah keliru jelas terpancar pada wajah Syed Areyz . Kepala Raja Aliff terpaling apabila terdengar pintu bilik terbuka .
Terkaku sebentar dia saat melihat susuk tubuh Syed Areyz berdiri dibelakang Raja Liyana dan Raja Hairuddin . Secara automatik dia terbangun dari duduknya .
"Apa dia buat dekat sini ??"soal Raja Aliff bersama wajah tegang .
"Bertenang , Aliff . Dia datang cari kamu . Dah seminggu kamu tak pergi sekolah ."pujuk Raja Liyana sambil cuba menenangkan anak lelakinya itu .
"Kalau dia cari Aliff sekalipun , mama dengan papa tak perlu bawa dia ke sini . Mama bawa dia datang sini , Rayyan pasti akan tahu keberadaan Sha ."bengis sahaja wajah Raja Aliff menentang pandangan Raja Liyana .
"Calm down , Aliff . Benda boleh bawa bincang kenapa perlu bergaduh ??"sampuk Raja Hairuddin sambil mengurut dahinya yang pening dengan perangai baran anak lelakinya itu .
"Kamu pergi mandi dulu . Mama dah bawa pakaian kamu lepastu kamu turun ke cafe , makan . Mama tahu kamu belum makan ."pujuk Raja Liyana apabila melihat anaknya itu tidak lepas dari memandang wajah Syed Areyz .
"Hurm ."tanpa kata dia terus menyambar beg kertas yang elok dipegang oleh Raja Liyana .
Wajah sahabatnya itu langsung tidak dipandangnya . Pintu tandas sempat dihempasnya dengan kuat .
YOU ARE READING
Knightz Vs Darkrose
Mystery / Thriller[ Mafia Series : Book 1 ] Nur Shasha Nabiella Nur Aniesha Daniella Hanna Nadiella Nur Izzara Karmiella 4 orang gadis bersama personaliti yang berbeza dan dari keluarga yang berbeza.Biarpun dari keluarga yang berbeza,mereka masih kekal bersama menjad...