Bab 28

791 63 9
                                    

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


Pintu kereta ditutupnya dengan perlahan-lahan . Tangannya kirinya memegang rokok yang masih menyala .

Suasana malam di mansion milik Tengku Rayyan itu dipandangnya dengan pandangan kosong . Matanya meliar memandang sesekali mansion yang kelihatan agak kosong itu .

Rokok dibawa ke bibir merahnya sambil kakinya mulai melangkah masuk ke dalam mansion itu . Atas arahan Tengku Rayyan , tiada seorang pun pekerja atau pengawal yang menjaga mansion itu .

Tengku Rayyan terlalu yakin bahawa tiada sesiapa pun berani memecah masuk ke dalam kawasan mansionnya memandang dia sudah meletakkan banyak perangkap di sekitar mansion itu . Bak kata Syed Areyz confident itu penting .

Kasutnya bergema saat dia melangkah menaiki tangga menuju kearah biliknya yang terletak di tingkat dua . Kunci bilik dimasukkan ke dalam lubang kunci sebelum tombol pintu dipulasnya .

Pergerakannya terhenti saat matanya menangkap pintu balkoni yang terbuka luas . Gelak ketawanya terlepas sebaik sahaja matanya menangkap selimut yang diikat pada pagar balkoni .

"Great . Kau betul - betul mencabar kesabaran aku , Aniesha . Since kau nak sangat bermain dengan api . It's okay , aku akan tunaikan permintaan kau ."puntung rokok yang masih menyala dibuang ke lantai sebelum pintu bilik dihempasnya kuat .

Pistol berwarna hitam dan terdapat satu huruf H berwarna emas dikeluarkan dari poket seluarnya . Lidahnya menjilat permukaan bibirnya yang terasa kering .

Tangan sebelah kiri pula mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar yang berada disebelah kiri . Nombor seseorang di tekannya bersama senyuman sinis .

"Tutup semua jalan keluar dari mansion . Jangan benarkan sesiapa pun terlepas keluar dari kawasan mansion termasuklah seekor nyamuk . Kalau tidak , nyawa kau yang akan jadi galang gantinya ." panggilan itu terus ditutup tanpa sempat orang yang berada di talian membalasnya .

Dia bersiul perlahan sambil telefon disimpannya ke dalam poket seluar . Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari mansion itu , dua das tembakan dilepaskan ke udara .

"Game start ." dengan penuh santai dia berjalan masuk ke dalam hutan yang berhadapan dengan mansion itu .

" dengan penuh santai dia berjalan masuk ke dalam hutan yang berhadapan dengan mansion itu

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
Knightz Vs DarkroseOù les histoires vivent. Découvrez maintenant