PART 1

2.9K 119 25
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik

••••

IRYAZ tersentak dari lamunan nya apabila terdengar deruman enjin lamborghini huracan milik seseorang. Cepat-cepat dia membuang rokok dan mengganti baju untuk mengelak dari disoal siasat oleh gadis itu.

"Assalamualaikum," gadis itu memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam kediaman mewah milik ibu bapanya.

"Waalaikummusalam," jawab Iryaz. Badan gadis itu dipeluk erat.

"Kak Iris mana? Ara kata dia nak balik harini," tanya Iryaz penuh berharap.

Iris Rosabella adik perempuannya, banyak sangat yang dah berubah pada diri gadis itu. Kalau dulu dia seorang yang ceria, ramah mesra tapi sekarang Iris dah menjadi seorang yang dingin dan tak suka bergaul dengan orang.

"Along? Woi Along! Dengar tak Ara cakap apa tadi?" Irish Arabella, anak terakhir dalam lima adik-beradik. Irish seorang yang childish tetapi penyayang. Rapat dengan Iris, satu-satunya kakak yang dia ada.

"Ha Ara cakap apa? Along baru bangun tidur, mamai sikit," dalih Iryaz.

"Ara cakap, tak pasti lagi akak balik ke tak. Kak Indah cakap diaorang tengah pujuk lagi. Along janganlah berharap sangat," ujar Irish. Sejujurnya, dia juga berharap yang kakaknya akan pulang ke rumah agam itu.

"Mummy mana? Daddy?" soal Irish. Tak mahu terlalu hanyut melayan perasaan sedih yang menghimpit hatinya.

"Keluar," balas Iryaz singkat.

TheRose. Gelaran yang sesuai untuk kelima gadis itu. Aura diri mereka terlalu sama dengan bunga mawar. Dangerous, seductive and delusional.

They're not a criminal nor a bad girls. Mereka bersenjata atas sebab tertentu dan pastinya bukan digunakan untuk kekerasan. Hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ara naik dululah, nak mandi."

Iryaz mengangguk perlahan. Langkah kaki gadis itu diatur perlahan menaiki anak tangga. Belum sempat dia ingin memulas tombol pintu, seorang lelaki bermata hazel datang memeluknya dari tepi.

"Bila sampai princess?" Hidungnya sengaja digeselkan ditepi telinga gadis itu.

Isyraf Nazeem. Anak ketiga dan agak periang. Berbeza dengan Iryaz dan Iris. Perangainya sama seperti Izzreen dan juga Irish. Tidak terlalu dingin.

"Isyraf lepaslah. Ara tak boleh bernafas ni." Serta merta Isyraf melepaskan pelukannya.

"I'm sorry." Tersengih-sengih Isyraf memandang muka bengis adiknya.

Malas mahu melayan, Irish terus melangkah masuk ke dalam bilik. Belum sempat nak menutup pintu, tangan kekar Isyraf laju sahaja menghalang.

"Nak apa lagi? Ara penat ni. Nak mandi." Rengek Irish.

"Isyraf ada beli game baru. Nak main sekali?" bisik Isyraf. Matanya meliar melihat sekeliling untuk memastikan Iryaz tiada disitu.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now