PART 19

564 67 20
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

KEADAAN didalam rumah Tuan Ishan riuh rendah dengan kehadiran anak angkatnya. TheRose dan juga Cammora sejak tadi sibuk menggubah hantaran untuk majlis perkahwinan Aaryan dan juga Iris.

Iris mencebik bosan. Inai ditangan nya masih lagi basah. Aaryan yang duduk disebelah dijeling sekilas.

"Aaryan." Meleret sahaja suaranya.

"Yes?" sahut Aaryan lalu menoleh ke arah Iris. Ototnya diregang sedikit. Lenguh satu badan bila duduk dalam posisi yang sama sahaja.

"Bosan."

Aaryan tersenyum kecil. Nasib baik hanya Iris seorang sahaja yang disuruh untuk memakai inai. Dia duduk disebelah gadis ini pun atas arahan Puan Nurin. Buat teman katanya.

"Nak aku buat apa?" soal Aaryan.

Iris mencebik. Tak reti nak hiburkan orang langsung.

"Cerita lah apa-apa, pasal kisah silam awak ke, makanan favourite awak ke. Saya kena tahu."

"Takde apa yang menarik pasal life aku," balas Aaryan selamba. Malas sebenarnya nak buka cerita lama. Nanti-nanti je lah dia ceritakan semua benda pada gadis ini.

Iris terdiam buat seketika sebelum kembali bersuara. "Tell me about your family," pintanya mengejut.

Aaryan terdiam. Perlu ke?

"Kau nak tahu pasal apa?" soalnya acuh tak acuh. Matanya beralih pada ahli Cammora yang lain bagi mengelakkan pandangan mata Iris.

"Eee awak ni! Esok kita kahwin tapi awak tak pernah bawa saya jumpa family awak." Iris mendengus geram. Pelik juga, tak pernah sekali pun lelaki itu bercerita tentang keluarganya. Tak serius kah Aaryan?

"Family aku takde dekat sini. Diaorang semua jauh dari aku. Nanti aku bawa kau jumpa diaorang ya sayang?" Aaryan tersenyum tipis.

"Jauh sangat ke?" tanya Iris dengan muka yang polos.

"Yes, my dear." Terpancar riak kesedihan di dalam anak mata Aaryan.

Iris mengangguk faham. Tak mahu membantah lagi.

"Nama mak ayah awak apa? Awak ada adik beradik?"

Aaryan berdecit geram. Dari tadi, Iris sahaja yang banyak tanya pasal dia. Dia pun ada benda nak tanya juga.

"Ni mulut ni kan. nak kena cium dulu baru nak senyap agaknya."

Iris mencebik. Tanya salah, tak tanya pun salah.

"Cepatlah, awak tak bagitahu lagi."

"Nama walid, Firash Lutfan. Nama umi, Ayana Zafira. And yes, aku ada adik perempuan, Adele Haelynna Xavier."

"Wah, mesti diaorang cantik kan? Tak sabar betul nak jumpa family awak," kata Iris teruja.

Aaryan tersenyum pahit. Apa agaknya reaksi Iris bila dapat tahu yang keluarga Aaryan sudah dijemput Ilahi?

"Tapi kan, saya macam pernah dengar je nama umi."

Jantung Aaryan mula berdebar tak keruan. Tak, Iris tak boleh jadi perempuan yang mereka cari selama ini.

"Maybe orang lain kut. Bukan umi sorang je yang nama macam tu," ujar Aaryan cuba menyedapkan hati sendiri.

"Hmm."

Mereka terdiam.

"Bagi aku tanya kau pula."

"Awak nak tanya apa?" soal Iris.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now