PART 21

462 57 1
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

AARYAN menghela nafas perlahan. Seharian mereka melayan tetamu membuatkan seluruh badannya lemah. Baru majlis akad nikah, belum hari bersanding nanti. Lagi ramai tetamu yang dia kena layan agaknya.

Tubuh dihempas kasar ke atas katil. Mata melilau mencari keberadaan cik isteri. Bunyi pancuran dari bilik air membuatkan Aaryan mengalihkan pandangannya.

"Iris?" panggil Aaryan lembut.

"Kenapa?!" sahut Iris dengan agak kuat. "Saya tengah syampu ni!"

Ternaik bahu Aaryan mendengar sahutan dari isterinya. Garang betul. Kalau minta 'habuan', mahu dia kena baling dari balcony. Sia-sia hidup.

"Lama lagi ke!" soal Aaryan. Sengaja tiru nada suara gadis itu.

"Kejap lah!" Bukan niat ingin menderhaka dengan suami. Tapi lumrah kalau dah duduk dalam bilik air, bila cakap mesti kena kuat. Kalau tak, tak dengar.

Aaryan mengekek ketawa. Bilik air tu bukannya soundproof pun. Beria nak jerit-jerit.

Aaryan kembali duduk di penjuru katil. Anak matanya memandang setiap sudut bilik isterinya. Cantik.

Lelaki itu tersenyum tipis sebelum matanya terhenti di satu frame gambar yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil Iris. Aaryan mengesot sedikit sebelum tangannya berjaya mencapai gambar itu.

Satu-persatu wajah yang berada di dalam gambar lama itu ditenung lama. Berkerut dahi Aaryan apabila terpandang dua orang gadis yang tersenyum ceria. Tiada beza langsung.

"Iris yang mana? Ayra yang mana?" gumamnya perlahan. Dahinya digaru perlahan. 

"Awak?"

Terlepas gambar itu dari tangan Aaryan. Dadanya diusap perlahan sebelum memandang wajah Iris dengan riak tak puas hati.

"Ya Allah, Iris! Buat terkejut aku je kau ni. Kalau aku kena heart attack tadi macam mana?" soalnya geram.

"Jadi janda mudalah saya." Selamba badak Iris menjawab. Sikat di ambil lalu menyikat rambutnya dengan lembut. Tindak-tanduk gadis itu tak lepas dari pandangan Aaryan.

Terbuntang mata Aaryan mendengar balasan dari isterinya. Janda muda? Habis tu dia? Masuk kubur diawal usia. Kematian tak mengira umur.

"Nak sangat jadi janda?"

Iris tersengih suka. Kenapa emosi sangat si Aaryan ni? Iris berjalan menghampiri suaminya sebelum duduk di atas peha Aaryan. Rambut Aaryan di belai lembut. Anak matanya merenung Aaryan dengan pandangan yang menggoda. Bibir merah jambu itu di elus.

Aaryan sudah tak senang duduk. Kenapa Iris ni? Janganlah goda aku sekarang.

Iris menahan diri dari ketawa kuat. Badan mereka sengaja dirapatkan. Dapat dia rasakan jantung Aaryan yang berdegup kencang.

"Pergi mandi. Sikit lagi nak masuk waktu Isya'. Nak pergi masjid kena wangi," bisik Iris perlahan sebelum cepat-cepat bangun dari duduknya.

Aaryan mengetap bibirnya geram. Tangan dikepal kuat apabila terdengar akan gelak tawa gadis itu dari luar bilik. Nafasnya di hembus kasar sebelum menghilangkan diri di dalam bilik air.

Sabar Aaryan. Dia isteri kau. Banyak cara kau boleh balas balik.



Tuan Ishan memandang anak-anak gadisnya dengan riak wajah yang pelik. Dalam penat-penat sebab majlis tadi, boleh lagi bergosip sekarang? Nasib isterinya tiada disitu. Kalau tak dah lama dia heret masuk bilik.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now