PART 23

487 56 3
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

GADIS bermata hazel itu tertunduk memandang lantai apabila terasa diperhatikan sejak tadi. Suasana di dalam office itu sunyi sepi. Aura dari lelaki yang berada di hadapannya itu betul-betul menyeramkan.

"Lawa sangat ke lantai tu?"

Terangkat kepalanya mendengar suara dingin lelaki yang pernah bertahta di hatinya dulu. Dia cuba untuk memberanikan diri membalas renungan tajam lelaki itu.

"You pandang I semacam dah kenapa?"

"Just tak sangka. Kau wakil dari Amber Holding," balas Aaryan mendatar. "By the way, nice to meet you again Naira Graceelia," sambungnya lagi.

Ya, gadis yang dimaksudkan ialah Naira. Bekas tunang Aaryan Xavier. Kepulangan yang tidak dijangka.

"I dengar you dah kahwin." Senyum tawar terhias diwajah jelita itu. Sengaja berpura-pura bertanya, sedangkan dia memang sudah tahu status bekas tunangnya.

"Yes aku dah kahwin. And kau tengah ganggu cuti aku sekarang ni," ujar Aaryan dingin. Langsung tidak memikirkan hati dan perasaan Naira.

Terdiam Naira mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Nada suaranya dingin sahaja. Benci sangat ke Aaryan dengan dia?

"Aaryan, you marah I lagi ke?"

"Marah?"

"I putuskan tali pertunangan kita dulu."

Aaryan tergelak sinis. Kenapa mahu diungkit perkara yang sudah terjadi? Lima tahun masa yang sangat cukup untuk Aaryan melupakan satu nama yang pernah berjaya mengetuk pintu hatinya.

"Kau expect apa Naira?" tanya Aaryan dalam nada yang mengejek.

Naira hanya diam membisu. Membiarkan lelaki itu luahkan semua perkara. Walaupun dia sendiri tahu, hatinya akan cukup sakit mendengar segala hinaan dan ejekan yang keluar dari mulut Aaryan.

"Lima tahun. Masa yang cukup lama untuk aku lupakan kau. Tak pernah sedetik pun aku tergerak hati untuk merayu dekat kau untuk teruskan hubungan kita."

"W-why?"

Aaryan menghela nafasnya perlahan. Anak matanya merenung wajah Naira. Tersirat penuh luka apabila mengenangkan semula kisah cinta mereka.

"Sebab aku percaya pada jodoh Tuhan."

"Maksud you?" soal Naira ingin tahu.

"Jika Allah nak dua hati untuk bersatu, maka Dia akan menggerakkan keduanya. Bukan hanya satu," jawab Aaryan tenang. "Sekeras apapun menolak, yang datang akan tetap datang."

"Sekuat apapun menahan, yang pergi akan tetap pergi," sambungnya lagi. Tenang sahaja lelaki itu berbicara.

"Maybe Allah pinjamkan kau untuk aku hanya sementara. Tapi Allah dah hadiahkan aku, seorang bidadari yang akan jadi milik aku sampai hujung nyawa."

Kelu lidah Naira untuk membalas setiap tutur kata lelaki itu. Dalam diam dia kagum dan rasa bersalah dengan Aaryan. Lelaki itu kuat menghadapi segala ujian dariNya. Dan sedarlah, yang dia sudah mengecewakan hati yang begitu ikhlas dalam mencintai seseorang.

"Untung isteri you. Dapat suami yang tabah macam you, Aaryan," ujar Naira seraya tersenyum nipis. Cuba untuk menutup rasa kecewanya.

"Aku yang beruntung sebab dapat jadi suami dia."

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now