PART 12

588 59 0
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

"HELLO! Ada orang tak ni!"

Pintu bilik office Aaryan diketuk bagai nak roboh. Bibir diketap geram. Siapa pula yang bangang sangat perangainya ni. Tak dengar ke dia dah suruh masuk tadi.

"MASUK!"

Terjengul kepala Dian dengan sengihan yang menghiasi muka tak seberapa kacaknya itu. Mati senyumannya tatkala perasan akan wajah Aaryan yang sangat dingin.

"Kau bodoh ke bangang?"

Terdiam terus Dian dengar soalan Aaryan. Mana yang better? Bodoh ke bangang?

"Entah, bangang kut."

Aaryan betul-betul rasa nak bunuh diri sekarang ni. Dahlah kerja dia bertimbun, nak harapkan Cammora yang lain? Huh Ilham seorang sahaja yang dia boleh harapkan. Yang lain tu datang office membabi buta je tahu. 

"Kau nak apa Dian? Cakap je lah."

Tertahan tahan suara Aaryan bercakap dengan kawan baiknya yang seorang itu. Bukan apa, takut kalau Dian keluar dengan lebam dekat muka.

"Aku nak tanya something."

"Kau tanya terus boleh tak. Cakap sekerat-sekerat dah kenapa?" marah Aaryan. Kan ke senang kalau cakap je terus.

Nak je dia luku kan kepala jantan bebal ni. Jadi leader Cammora memang mencabar kesabaran serta keimanan. Bodoh dia tak boleh bawa bincang.

"Daddy cakap apa dekat kau haritu bro?"

Ternaik sebelah kening Aaryan. Yang Dian ketuk pintu bilik dia macam nak roboh tu, sebab nak tanya benda ni je?

"Are you kidding me, Dian Hakimi?"

"Kenapa? Salah ke apa yang aku tanya?" tanya Dian polos.

Demi Allah, tangan Aaryan gatal je nak ambik gun berwarna silver yang elok tersimpan di dalam laci meja kerjanya. Eloknya dia tembak Dian dari dulu lagi. Takdelah menyusahkan hidup dia.

"Aaryann, ceritalah."

"Kan aku dah cakap, daddy takde cakap apa-apa dekat aku. Borak biasa je," balas Aaryan acuh tak acuh. Malas sebenarnya nak bagitahu. Bukannya dia tak tahu apa yang akan jadi nanti. Mahunya Dian hebohkan satu company.

"Kau ingat aku bodoh?"

"Memang. Memang kau bodoh."

"Cilaka kau. Nanti aku suruh bibik jiran sebelah goda kau sampai kena tangkap basah. Nak?"

Terpejam mata Aaryan dengar apa yang Dian cakap. Ya Allah, ambillah nyawanya Ya Allah.

"Berambuslah Dian. Aku banyak lagi kerja nak buat dari layan perangai kau ni." Lemah suara Aaryan menghalau Dian. Tak berdaya sungguh.

"No, bagitahu dulu."

"Keluar."

"No."

"I said get out!"

"And I said, no!"

"Dian Hakimi!"

"Aaryan Xavier!"

"Daddy suruh aku kahwin dengan Iris!"

Tewas. Nak taknak Aaryan terpaksa juga bagitahu Dian. Rimas dengan perangai Dian yang suka memaksa.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now