PART 40

1.2K 59 7
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

CAHAYA matahari mula menembusi dari setiap tingkap. Iris merengus apabila terasa matanya tidak boleh dibuka dek kerana terlalu silau.

"Iris dah bangun?"

Mata Iris terbuka sepenuhnya. Dia memandang figura seorang lelaki yang sedang berjalan mendekatinya.

"Silau." Serak suaranya. Iris mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Aaryan yang perasan akan ketidakselesaan isterinya itu cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Iris. Sengaja menggunakan belakang badannya untuk menghalang cahaya.

Iris memandang pelik. "Tutup je lah langsir tu."

Aaryan menggeleng. "Takpe, abang kan sweet, hehe." Tersenyum Aaryan menampakkan lesung pipitnya yang tak seberapa dalam. Namun tidak mendatangkan apa-apa reaksi dari Iris.

"Why are you being nice to me?" soal Iris sarkastik.

Langkah Aaryan terbantut. "Salah ke? Iris kan isteri abang."

"Am I?" bisik Iris namun tetap sampai ke telinga Aaryan.

"Yes you are. Abang tak pernah lafazkan talak, abang tak pernah cakap kita akan berpisah. So you are my wife and forever will be my wife." Tegas Aaryan mengungkap kata-katanya.

"After what you have done? Do you still expect that I will love you again? I will forgive you just like that? Are you insane Aaryan Xavier?" Iris bangun dari duduknya. Dia menatap Aaryan lama.

Aaryan menghela nafas.

"Bersiap, sikit lagi kita nak ziarah kubur arwah Ayra."

Iris berdecit geram. Lengan sasa Aaryan digenggam kuat sebelum menolak badan lelaki itu menghadap dirinya.

"I'm not done talking to you!"

"Apa lagi Iris?" Perlahan sahaja Aaryan menyoal. Tidak berniat mahu membentak isterinya semula.

"Macam tu je reaksi kau? Kenapa kau tak jujur dari dulu? Kenapa kau mesti heret aku masuk dalam jerat hidup kau?" Kasar Iris menyoal. Aaryan memejam mata rapat apabila mendengar panggilan baru dari Iris.

"Sebab abang taknak hilang Iris, abang taknak Iris benci abang-"

"Liar! Habistu kau ingat aku tak benci kau sekarang?" Laju Iris membalas.

"Bersiap."

Iris merengus marah.

"Dalam minggu ni aku akan uruskan borang penceraian, that's my last desicion."

"And do you think I will agree?" soal Aaryan seraya memandang wajah Iris.

"Never sayang."



Tuan Ishan, Puan Nurin dan mereka yang lain menunggu di ruangan tamu. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut mereka. Ayesha menunduk memandang lantai.

"Fiya minta maaf." Suara Ayesha terdengar jelas. Izzreen mengepal penumbuk. Buat masa ini, dia tidak boleh memandang wajah gadis itu lagi.

"Fiya tahu Fiya cuai. Fiya terlupa yang-"

"Why you're so careless Ayesha Safiya!" tempik Izzreen kuat. Terhinjut bahu mereka.

Ayesha menggigit bibir. Walaupun dia sudah lali dengan jerkahan ketika latihan polis dahulu, tetapi beza rasanya apabila dijerkah sebegini di hadapan orang ramai. Dan, ini pertama kali Izzreen berkasar dengannya.

"Izz..." Iryaz memberi isyarat mata.

"Sebab kau Iris benci kitaorang! Aku dari awal dah halang kau dari tolong Iris kan? Semua ni punca dari perangai keras kepala kau!"

"Konon nak jadi polis terbaik lah? Nak ganti kerja inspektor?"

Ayesha menggenggam erat hujung baju uniform-nya. Kolam matanya terasa panas. Bila-bila masa sahaja air matanya akan mengalir.

"Izzreen Nathaniel, duduk."

"Ini semua memang salah kita sebab rahsiakan dari Iris. Bukan salah Fiya," kata Iryaz tenang.

"Kenapa kau bela perempuan-"

"Ayesha Safiya, that's her name." Iryaz bangun dari duduk. Kaki bergerak menghampiri adik lelakinya. "She used to be your special girl. Why you treat her like this? Aku pun takut, aku takut nak berhadapan dengan Iris. Tapi aku takde pun nak salahkan orang lain. Kalau tak, dah lama aku pukul kau sebab bagi idea bodoh dekat Aaryan." Izzreen terpempan.

"Dia takut Izz. Dia lagi takut nak berdepan dengan Iris. Sebab selama ni, Iris letak kepercayaan yang tinggi dekat Fiya," kata Iryaz dengan suara yang sengaja diperlahankan.

Izzreen merenung Iryaz yang tersenyum tipis ketika ini. "So?"

"Apologise."



"Apa yang buatkan Iris nak kita bercerai? Takde ke peluang kedua untuk abang?"

Iris diam. Sungguh dia tidak mahu akan perpisahan. Dia hanya mahu mempertahankan keluarga kecilnya ini.

"Its hurt..."

"Kenapa semua orang buat Iris macam ni?"

"Besar sangat ke salah Iris?"

Tubuh kecil Iris ditarik masuk ke dalam pelukan. Belakang badan isterinya diusap berkali-kali.

"Shh, abang minta maaf sayang. Abang minta maaf."

"Buatlah apa yang Iris nak, asalkan Iris boleh maafkan keluarga abang. Abang merayu sayang..."

Iris menangis. Dia tidak mahu, tetapi mereka sudah tiada. Mengapa perasaan dendam begitu kuat dalam dirinya? Ah, Iris benci dirinya sendiri.

"Bawa Iris turun bawah," pinta Iris. Aaryan terdiam sebentar sebelum memimpin Iris ke bawah. Sempat diraih tudung sarung Iris sebelum mereka keluar dari bilik.

Semakin kuat genggaman tangan Iris tatkala memandang wajah semua orang yang berada disitu. Penipu.

Isyraf tersenyum lega. "Iris, kau-"

"Sit there," potong Iris laju. Langkah Isyraf terbantut.

"Kecewa aku dengan kau Fiya." Iris bersuara.

Ayesha mengangguk. Dia mengangkat wajahnya untuk memandang wajah Iris. "Aku salah, aku tipu kau. Aku minta maaf, dan aku tak berharap pun yang kau akan maafkan aku."

"Susah ke nak jujur?"

"Berat sangat mulut tu? Ada emas ke?"

Melihat Ayesha yang hanya diam menunduk membuatkan Iris berdecit menyampah. Anak matanya merenung satu-persatu wajah ahli TheRose.

"Macam mana korang boleh terdetik nak betray aku? Tak ingat dah apa yang aku buat untuk korang selama ni?"

Diam.

"Senang macam ni lah, apa kata korang berambus dulu dari sini sebab aku dah muak tengok muka penipu macam semua orang dalam rumah ni!" Iris bersuara lantang. Langsung tidak memikirkan jika ada hati yang terguris.

"Iris..."

"You, Mr Iryaz, just shut up your mouth," potong Iris membuatkan Iryaz mengangguk faham.

"Mummy, daddy..." serunya perlahan. Puan Nurin mendongak memandang Iris. Hampir gugur air matanya melihat keadaan Iris.

"Iris minta maaf kalau terlancang, tapi lepas semua ni jadi, Iris akan uruskan penceraian Iris dengan Aaryan," katanya.

Semua orang tergamam.

"IRIS ROSABELLA!"




















































































T A M A T

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Onde histórias criam vida. Descubra agora