PART 25

519 46 3
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

IRIS terduduk lesu. Dari tadi dia kehulur-kehilir melayan tetamu. Nak rehat sekejap pun tak sempat. Penat dia dua kali ganda dari hari menikah haritu.

Batang hidung suaminya dari tadi tak kelihatan. Entah ke mana menghilang. Iris mengurut kakinya perlahan. Seharian pakai heels betul-betul membuatkan kaki Iris nak tertanggal.

"Iris?"

Lantas kepalanya menoleh ke arah suara yang menegur. Wanita itu tersenyum nipis apabila terpandang wajah ibu kandungnya.

"Eh mummy. Duduklah," pelawa Iris.

Puan Nurin menarik sebuah kerusi kosong lalu melabuhkan punggung nya disebelah Iris. Wajah anak perempuannya direnung lama.

"Kenapa tengok Iris macam tu? Buruk ke?" gurau Iris. Tak selesa sebenarnya.

"Cantik sayang. Cantik sangat," puji Puan Nurin ikhlas. Gembira hati tuanya dengan perubahan Iris.

Iris tersenyum suka. Lengan ibunya dipeluk erat lalu kepalanya disandarkan pada bahu wanita itu.

"Betul ke Iris cantik?"

Puan Nurin mengangguk bersama senyuman yang menghiasi bibir. Kepala Iris yang berlapikkan tudung diusap lembut.

"Mummy harap Iris dapat kekalkan pemakaian yang macam ni. Teruskan beristiqomah ya sayang?"

"InsyaAllah. Tolong doakan Iris," ujar Iris sebak. Selama ini dia gagal menutup aurat dengan sempurna. Gagal melakukan perkara yang wajib sebagai umat islam.

"Jangan sedih-sedih. Nanti mummy pun menangis macam mana?" gurau Puan Nurin. Hanya sekadar untuk menghilangkan perasaan sedih yang bertandang di hati anak perempuannya itu.

Tergelak Iris dengan lawak hambar Puan Nurin. Kekura tangan ibunya diusap perlahan. Tangan ini yang banyak berjasa dengan mereka.

"Mummy?"

"Ya, kenapa?" jawab Puan Nurin.

"Mummy kenal Naira?"

Berkerut dahi wanita tua itu. Naira mana yang Iris maksudkan ni?

"Naira mana? Tak pernah dengar pun nama dia."

"Iris pun tak tahu. Tadi tiba-tiba je dia ada tegur. Lepastu dia cakap Aaryan yang jemput dia," cerita Iris kepada Puan Nurin. Nak tanya Aaryan tapi nanti apa pula yang suaminya fikir.

Sakit juga hatinya tadi. Bukan main lagi ceria perempuan tu cakap Aaryan yang jemput dia. Aku siku juga hidung mancung dia tu karang.

Ikutkan hati nak je Iris halau dia tadi. Dahlah cantik, tinggi, hidung mancung. Nak bandingkan dengan dia? Huh Iris dahlah pendek. Insecure kejap.

"Yang bengang je muka tu dah kenapa?" usik Puan Nurin sengaja.

Tercebik-cebik bibir Iris bila diusik begitu. Orang tengah marah Puan Nurin boleh pula tanya macam tu. Tak faham ke naluri seorang isteri ni macam mana?

"Iris tak suka dia. Nampak gedik," kutuk Iris selamba. Terkumat-kamit mulutnya mengata Naira. Cemburu seorang isteri tak boleh dibawa main.

Tergeleng kepala Puan Nurin mendengarnya. Sebab cemburu punya pasal, Iris dah dapat dosa free. Aaryan yang kena tanggung pula tu.

"Tak baik cakap macam tu. Jangan menilai orang dari paras rupa. Mummy tak ajar Iris jadi kurang ajar kan?" tegur Puan Nurin tegas. Ini sahaja cara nak didik anak-anak dia.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now