PART 26

540 41 0
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

FAIL yang bertimbun diatas meja dibelek kasar. Baru sehari aku ambil cuti, kerja dah tinggi menggunung. Hari-hari kes yang sama. Eloknya aku ambil pistol tembak kepala semua orang. Baru puas hati.

Kebanyakkan nya memang kes mencuri, dadah, mabuk ketum, merogol. Kalau gatal sangat pergi kahwin lah. Suka sangat menyusahkan orang. And menyusahkan malaikat Atid. Banyak sangat amalan buruk nak kena catat.

Sedang dia ralit membuat kerja, pintu bilik office nya diketuk dari arah luar. Gadis itu berdehem perlahan sebelum menjerit kuat.

"Masuk!"

Seorang lelaki berbadan tegap, berkulit sawo matang dan berjambang halus tersenyum manis saat melangkah masuk ke dalam office mewah itu. Satu fail berwarna hitam diserahkan kepada gadis yang lebih tinggi pangkat darinya.

"Ini laporan untuk harini, puan."

"Berapa kali saya nak kena bagitahu awak, inspektor Qairul. Kalau kita berdua je tak payah panggil saya puan. Nampak sangat tuanya."

Qairul tergelak kecil mendengar rungutan dari gadis yang muda lima tahun darinya itu. Jelas lesung pipitnya. Sekali pandang terus jatuh cinta. Siapa je yang tak suka abang uniform kan? Lagi-lagi yang ada rupa.

"Tak boleh macam tu, puan. Pangkat kita kan berbeza."

Ayesha Saffiya. Seorang anggota polis dan memegang pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis. Atau lebih dikenali sebagai (SACP). Senior Assistant Commissioner of Police.

Sedangkan Qairul? Dia hanya memegang pangkat sebagai Inspektor Polis, (INSP). Inspector of Police. Walaupun mereka berdua dalam kategori yang sama, iaitu pegawai-pegawai kanan polis. Tetap ada bezanya dan dia tetap kena tunjukkan hormat kepada gadis itu.

"Tak jauh pun beza dia. Kita sama-sama pegawai kanan," bidas Ayesha tidak berpuas hati. Susah sangat ke nak faham yang dia tak suka dipanggil begitu.

"Its a good manners, puan," balas Qairul seraya mengukir senyuman manis. Kalau bukan sebab pangkat pun, dia memang akan menghormati gadis itu.

"Ke sebab awak takut dengan ayah saya?" Keningnya dijongket beberapa kali. Tersengih Qairul mendengarnya. Betul lah tu. Tak boleh nak berdalih dah.

Ayesha berdecit. Kenapa semua orang takut dengan ayah dia? Sebab ayah dia pegang pangkat yang paling tinggi. Ketua Polis Negara, (IGP). Inspector General of Police. Dengan muka garang, misai tebal. Siapa je yang tak gerun?

"Tch. Macam pondan je awak ni. By the way, awak masuk bilik saya ni sebab nak bagi laporan je?" Sempat dia mengata Qairul dengan nada yang mengusik. Bukan dengan semua orang dia boleh jadi peramah macam ni.

Ada masanya dia akan jadi serius. Masa tu jangan terkejut kalau meja batu pun boleh terbalik. Sifat tegas Ayesha sebiji macam ayah dia. Kalau ada yang cari pasal, teruk budak tu kena nanti. Dengan Ayesha jangan nak main-main.

"Encik buah hati dah tunggu dekat luar. Nasib baik puan tanya. Kalau tak keras pilot tu tunggu puan." Tergelak Ayesha dengan lawak hambar lelaki itu.

Siapa lagi kalau bukan Izzreen Nathaniel. Buah hati kesayangan cik polis yang seorang ni.

"Saya keluar dulu, puan. Banyak lagi kerja yang belum settle," kata Qairul sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Ayesha merenung pintu bilik office nya lama. Kenapa lah Qairul tu single lagi. Package lengkap kut. Soft spoken pula tu. Aih kalau tak fikirkan Izzreen, dah lama Ayesha kebas abang inspektor yang seorang ni.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon