PART 18

637 78 27
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

SEMUA ahli Cammora menatap Dian dengan pandangan yang curiga. Sejak balik dari keluar dengan Irish tadi, Dian hanya diam dan tidak berkelakuan seperti selalu.

"Dian."

Senyap. Lelaki itu seolah-olah berada di dunianya sendiri.

"Dian Hakimi," panggil Aaryan dengan suara yang agak kuat dari tadi.

Masih lagi senyap. Tubuh dipusingkan menghadap Aaryan. Mata lelaki itu ditenung lama.

"Tadi aku dengan Ara jumpa someone."

Harith bernafas lega. Ingatkan Dian kena rasuk tadi. Baru ingat nak panggil mana-mana ustaz.

"Then? Yang kau pandang aku macam nak telan dah kenapa?" soal Aaryan. 

"Sebab dia ada kena mengena dengan kau dulu."

Mereka yang lain sudah berpandangan sesama sendiri. Masih tiada seorang pun yang menyampuk. Masing-masing mahu mendengar cerita Dian.

"Who is it?"

"Naira Graceelia. Your ex fiance."

Hening.

Sebaris ayat dan satu nama yang membuat mereka semua terdiam. Pandangan mereka beralih kepada Aaryan yang masih senyap tanpa balasan.

"Tadi dia datang dengan sorang lelaki ni, nama dia Syed Hans Evander. Tapi aku tak tahulah apa hubungan diaorang," sambung Dian. Dia berpeluk tubuh sambil matanya tajam menikam wajah Aaryan.

"Aesthetic betul nama dia!" kata Hayden teruja. Hanya sekadar ingin menghilangkan rasa janggal.

"Kenapa diam?" tanya Ilham dengan suara yang dingin. Sikit pun tidak hiraukan Hayden yang sudah memuncung.

"Kau nak aku bagi reaction yang macam mana?" Aaryan menjeling Ilham sekilas. Tak selesa mungkin bila mereka bahaskan tentang kisah silamnya.

"Kau diam sebab kau belum moveon kan?" duga Aathif. Matanya dikecilkan.

"No. Aku dah lama lupakan dia." Tegas sahaja suara Aaryan menolak andaian yang dilontarkan.

"Tch. Kau maybe dah lupakan dia. Tapi hati kau kitaorang tak tahu. Mulut kata ya tapi hati kata tidak. Lagipun, kita tak tahu sama ada Naira betul-betul dah moveon dari kau." Tiada secalit senyuman pun di wajah lelaki itu sekarang.

Aaryan berdecit sinis. "Kalau dia belum moveon, itu masalah dia. Takde kena mengena langsung dengan hidup aku."

"Kenapa kau macam marah? Sakit hati lagi dengan keputusan Naira dulu?" soal Harith.

Aaryan diam membisu. Soalan itu, terlalu sukar untuk dia jawab. Siapa je yang tak sakit hati, yang tak kecewa bila tunang sendiri putuskan hubungan secara tiba-tiba. Langsung tiada alasan dan dia ditinggalkan begitu sahaja.

"Lupakan je lah Naira tu. Ingat sikit future wife kau. Kau ingatkan apa yang Iryaz pesan? Jaga Iris elok-elok kalau taknak kena padahnya nanti." ujar Ilham. Jangan pernah main-main dengan Iryaz. Kerana dia seorang lelaki yang berpegang pada kata-katanya.

Dian mengeluh kasar. Apa yang hebat sangat si Naira tu sampai Aaryan tak boleh lupakan dia?

"Kau dah bagitahu Iris?" Pertanyaan dari Hayden membuatkan mereka semua terdiam.

"Aku nak yakinkan dulu perkara tu. Taknak ambil tindakan terburu-buru. Mana tahu bukan dia yang aku cari?" kata Aaryan perlahan. Sesak fikirannya dengan hal itu.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now