PART 11

594 68 7
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

Risette' Caffe

CAMMORA dan juga TheRose memilih tempat duduk yang agak terpencil. Sedari tadi banyak mata yang memandang mereka dengan pandangan yang kagum. Baik lelaki ataupun wanita.

Masing-masing menayang riak wajah yang dingin. Pandangan memuja dari orang sekeliling diabaikan.

Iris dan Ayesha mendekati sekumpulan manusia yang menjadi perhatian orang ramai sejak tadi. Iris mengambil tempat disebelah Aaryan manakala Ayesha duduk bersebelahan dengan Izzreen.

Iris terpaksa okay, terpaksa. Mana taknya, kawan dia yang lain semua dah duduk dengan partner masing-masing. Aaryan je yang tinggal, duduk je lah kan?
Oh lupa, Isyraf pun sendu takde partner. Patutlah tajam je muncung tu.

Terpusing-pusing kepala Iris mencari kelibat seseorang. Isyraf memandang Iris dengan muka yang pelik. Kau apahal Iris, terpusing-pusing!

"Iris cari siapa?"

Mata Iris automatik menoleh ke arah empunya suara.

"Along mana?"

"Along panggil kak Naura kejap. Nanti dia sendu takde partner, macam orang tu."

Laju sahaja Irish membalas. Sengaja nak kenakan Isyraf. Sebelum ni dia yang banyak mengata orang kan. Ha harini kita balas cukup-cukup. 

Isyraf mengetap bibirnya geram bila terasa diperli. Siapa yang ajar Irish kesayangan dia ni? Dah pandai nak perli-perli orang. Amboiii, jasaaa dia tu.

Semua yang ada disitu tergelak melihat perangai adik beradik itu. Perangai tak pernah nak matang. Yang kesiannya Isyraf lah.

"Pukul 6 baru sampai, beli apa je lama sangat?"

Tersengih ahli TheRose dengar pertanyaan Iris. Yang lelaki jangan tanyalah, senyum sampai ke telinga . Kecuali Aaryan, Izzreen dengan Isyraf.

"Ha yang takde partner ni, jalan dengan siapa?" tanya Iris sengaja. Bukannya nak memujuk. Lagi ditambah sakit hati yang tiga orang tu. Lagi-lagi bila terpandang muka Iris. Ergh! Menyebalkan.

"Kau lah ni tiba-tiba je ada hal. Dah aku kena jalan dengan diaorang tadi."

"Entah. Geli tahu tak? Dahlah peluk lengan orang," sambung Isyraf. Meremang bulu romanya tatkala teringat semula kejadian dimall tadi.

"Kau yang peluk lengan aku bodoh! Mengada ada pondan kejarlah, makcik cleaner mengoratlah. Macam babun je perangai kau tadi," maki Izzreen. Sumpah memalukan betul bila berjalan sekali dengan Isyraf.

"Isyraf kan bodoh. Orang tak pernah masuk mall, ha macam tu lah perangai. Nanti kalau viral pasal kita tiga, kau aku cari dulu Isyraf."

Berdekah yang lain mentertawakan mereka. Memang ada orang rakam aksi mereka bertiga tadi. Itu yang Aaryan marah semacam je tu. Takutlah image dia sebagai CEO berjaya tercalar.

Iris menahan senyum. Kenapa dia rasa Aaryan nampak kacak bila marah macam tu? Takkanlah dia dah jatuh suka dekat Aaryan kut? Lambat lagi rasanya.

"Marah sangat kenapa? Hodoh je rupa kalau duk buat muka macam tu," kutuk Iris selamba.

"Irisss," rengek Aaryan tidak suka. Kenapa perempuan ni tak boleh jadi sweet sikit? Atleast pujuklah. Ni buat tambah sakit hati je.

Harith yang duduk dihadapan Aaryan menjulingkan matanya ke atas. Nak termuntah rasanya tengok Aaryan yang sekarang. Mana pergi Aaryan yang garang, jahat, biadap, mulut puaka, dingin, kasar--. Okay cukup mengata sampai disini sahaja.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now