PART 13

610 70 16
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

DERUMAN enjin kereta kedua gadis itu menyentakkan semua orang yang berada di rumah Tuan Ishan. Iris dan Nadia keluar dari perut kereta serentak. Nadia tergelak melihat reaksi dari mereka. Ada yang teruja, ada yang terkejut.

Isyraf ternganga melihat seorang gadis yang dia selalu rindui. Nadia Fakhira, si pujaan hati abe Isyraf. Langkah diatur laju kearah Nadia yang tersenyum manis ke arahnya.

"N-nadia ke ni? Nadia Fakhira?" soal Isyraf tak percaya. Matanya digosok beberapa kali bagi memastikan figura dihadapannya ini ialah Nadia.

Nadia tergelak kecil. Speechless betul muka Isyraf. Tahulah lama tak jumpa tapi cover lah sikit muka tu. Buat malu je orang tengok. Merah mukanya mendengar siulan nakal dari beberapa orang lelaki yang tak pernah dijumpainya.

"Ya, saya lah ni."

Isyraf menekup mulut tak percaya. Ya Allah, terima kasih kerana telah menghantar jodohku, ketika aku dihina kerana single. Hampir sahaja dia menjerit tadi kerana terlalu teruja. 

Pergelangan tangan Nadia yang berlapik kan baju diraih. Nak bawa jumpa mummy, bakal menantu dia dah balik.

Terkial-kial Nadia mengikut langkah Isyraf yang semakin laju. Terkejutlah juga bila tangan dia tiba-tiba kena tarik. Tapi dibiarkan sahaja tindakan Isyraf, kawan tengah excited. Usah dikacau.

Iris tergamam. Dia kena tinggal macam tu je? Yang lain semua dah ikut Isyraf masuk. Aaryan je yang masih setia menunggu Iris. Ciri-ciri suami mithali.

Mata mereka bertembung buat seketika sebelum Iris memanggil nama Aaryan dengan agak kuat.

"Aaryan! Sini jap!"

Aaryan berjalan menghampiri Iris. Dia memeluk tubuh sambil memandang tepat ke anak mata Iris dengan pandangan yang lembut. Sebelah keningnya diangkat sengaja.

"Why?"

"Tolong saya angkat barang jap. Banyak, tak larat." Tersengih Iris memandang muka Aaryan. Tolong bakal isteri, tak salah kan?

"Beli apa banyak sangat ni, hm?"

Aaryan melihat satu persatu barang yang Iris beli. Terkejut Aaryan bila tengok isi dalam beg plastik yang dia pegang itu penuh dengan aiskrim dengan makanan ringan yang lain.

Aaryan memandang muka Iris dengan riak wajah yang tak percaya. Iris punya ke semua ni? Banyak gila kut.

"Ya Allah, siapa punya ni yang?"

"Saya punya lah." Perasaan gugupnya cuba tak ditunjukkan. Mungkin Aaryan suka dengan panggilan sayang kan? Lagipun nak kahwin dah. Eh kau terima ke mamat ni Iris?

"Semua?"

Iris mengangguk laju. Ingat dia nak share ke? Belilah sendiri kalau nak.

"Tak eloklah makan banyak sangat benda macam ni. Lagipun tadi daddy bagitahu aku yang kau demam. Kenapa dibeli lagi makanan yang macam ni?" bebel Aaryan. Mukanya sengaja digarangkan. Dah serupa bapak marah anak. Dengan ketinggian Iris yang hanya paras dada Aaryan. Lagi menampakkan mereka bukan seperti pasangan kekasih. 

"Tapi saya suka."

"Ya tahulah kau suka. Tapi aiskrim sampai berbekas-bekas ni, larat ke nak makan sorang?"

"Larat lah," balas Iris tak mahu kalah. Penat-penat dia pergi beli, ada pula Aaryan tak bagi dia makan.

Tergeleng kepala Aaryan melayan perangai keras kepala Iris. Nasib baik belum halal lagi. Kalau tak, dah lama bengkak bibir tu dia buat. Menjawab saja tahu.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now