PART 24

498 56 9
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

KESEMUA ahli TheRose memandang Iris dengan riak wajah yang terkejut. Raisya menekup mulutnya seakan tidak percaya dengan penampilan baru Iris.

"B-babe. You look so gorgeous," ujar Raisya ikhlas.

Yang lain mengangguk setuju. Terbit rasa syukur di hati mereka apabila Iris sudah mula belajar untuk memakai tudung. Tak lekang senyuman dibibir mereka.

"Janganlah puji. Aku malu," gurau Iris. Shawl satin berwarna putih itu dibetulkan sedikit.

Mereka tergelak mendengar kata-kata Iris. Gadis itu begitu cantik jika memakai tudung. Jauh lebih cantik dari diri Iris yang dulu.

"Mana Amir?" tanya Hailey perlahan.

"Ish kau ni. Panggil dia Amy lah! Tak larat aku nak dengar dia bising karang," bisik Indah geram. Hailey ni suka sangat cari gaduh dengan si sotong tu.

Baru sahaja Hailey ingin membalas, satu suara terlebih dahulu menegur mereka dengan teruja. Aryana memutar bola matanya malas.

"Hai girls!"

Indah tersenyum tipis tanda membalas. Begitu juga dengan Raisya. Hailey dan Aryana memalingkan wajah mereka ke tempat lain. Menyampah.

"Macam mana? Cantik tak I dandan kan Iris?" soalnya gedik. Rambut palsu berwarna kuning yang dipakainya sengaja dimainkan.

"Cantik. Pandai awak buat," balas Raisya cuba beramah mesra. Meremang bulu romanya bila bercakap dengan Amir. Pandangan dia lain macam.

Iris mengemam bibir menahan diri dari ketawa kuat. Tahu sangat kawannya itu tidak selesa dengan kehadiran Amir. Hailey berdecit apabila hidung lelaki itu kembang kempis ketika dipuji.

"Cantik tu datang dari Iris sendiri. Natural beauty you know? Bukan dari hasil makeup kau pun," balas Hailey meluat.

Terbeliak biji mata Amir mendengar hinaan dari mulut gadis itu. Berani kau cakap macam tu dekat sis Amy?

"Eh you bukan ke anak Hisyam? Choy! Mulut tak bertapis langsung," ujar Amir. Bengang sungguh bila ada orang yang menghina hasil kerja dia.

"Hasyim lah gila!"

Sukahati je si pondan ni nak tukar nama bapak orang. Lainlah dia, nama betul Amir tapi paksa orang lain panggil dia Amy.

"Silap sikit je kan!" marah Amir. Taknak nampak salah.

"Eh kau ni kan- " baru sahaja Hailey ingin menarik rambut lelaki itu, Indah dengan cepat menghalang. Nak buka gelanggang WWE sila pergi tempat lain.

Iris dan yang lain hanya diam menjadi pemerhati. Langsung tiada niat ingin membantah. Mulut gadis itu tak kalah hebat seperti Aryana. Dua-dua mulut puaka.

"Ergh whatever. You tengok Iris. Pakai tudung. Baik. Hormat orang tua. Jauh beza dengan you yang perangai mengalahkan kera!" ejek lelaki dua alam itu. Sengaja buat Hailey naik angin.

"Hoi! Kalau aku kera, kau tu biawak! Biawak buncit! Entah-entah perut penuh dengan bulu," balas Hailey lebih kejam. Kita tengok siapa yang menangis dulu.

"I ada sixpack okay!" nafi Amir. Ada ke Hailey boleh malukan dia depan yang lain.

"Tch. Sixpack ke six lapisan lemak?" ujar Hailey sengaja. Kau silap pilih lawan lah Amir.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Onde as histórias ganham vida. Descobre agora