PART 27

471 45 8
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

"ANA!"

Langkah kaki laju mengejar Aryana yang semakin jauh kedepan. Tangan gadis itu ditarik kasar dari belakang.

"Stop calling me by that name!" jerkah Aryana. Tatapan mata yang penuh kebencian tatkala dia bertentang mata dengan lelaki yang berada dihadapannya itu.

Dia mengeluh perlahan. Tangan gadis itu cuba diraih.

"Lepaslah! Kau nak apa lagi Aathif Zafran!" berombak dada Aryana menahan marah. Nafasnya memburu kencang.

"Bagi aku jelas- "

"Takde apa yang kau perlu jelaskan lagi. Cukup kejadian dulu buat aku betul-betul hilang kepercayaan aku pada kau," potong Aryana laju tanpa sempat Aathif menghabiskan ayatnya.

Aathif menggeleng laju. Tak, aku kena jelaskan semua benda yang dah terjadi. "Apa yang kau nampak, tak sama macam apa yang kau fikirkan," pujuknya lagi.

Aryana tersenyum sinis. "Apa yang tak sama? Kau berduaan dengan betina tu dalam satu bilik dengan keadaan separuh bogel! Kau buat benda terkutuk tu sehari sebelum kita bertunang Aathif." Penuh amarah Aryana menceritakan semula perkara yang menyayat hatinya suatu ketika dahulu.

"And apa yang buat aku lagi bencikan kau, bila betina tu adik kandung aku sendiri." Bergetar suara Aryana menahan tangisan. Dia tidak boleh nampak lemah! Cukup perkara lalu membuatkan dia hampir kehilangan nyawanya sendiri.

Flashback....

Aryana tersengih membaca komen dari rakan-rakannya di instagram. Gambar dia berpegangan tangan dengan Aathif dipost dengan caption,

"I cant wait for tommorow, sayang."

Ya, esok hari pertunangan mereka. Majlis akan dibuat secara sederhana dan rata-rata yang hadir adalah kawan universiti mereka sendiri.

Telefon berjenama Iphone itu disimpan didalam poket cardigan yang dipakai. Langkah kaki dituju perlahan kearah pintu utama kediaman ibu bapanya.

Aryana berkerut hairan tatkala perasan akan satu kasut dihadapan pintu besar itu. Setahu dia, ibu bapanya akan pulang lewat malam nanti. Yang ada hanya adik perempuannya sahaja...

Adrhiana Ilaria.

"Takkan Rhian bawa masuk jantan kut?"

"Dia boyfriend pun takde," gumamnya perlahan. Tetapi bila diperhati semula, kasut ini sama seperti hadiah hari jadi Aathif yang dia beli pada tahun lepas.

Hatinya mula berdegup kencang. Tombol pintu dipulas perlahan. Keadaan diruang tamu sunyi sepi.  Langkah kaki diatur perlahan kearah bilik adiknya.

Perasaan takut cuba dibuang. Menggigil tangannya memegang tombol pintu bila Adrhiana. Hatinya tak henti-henti berdoa supaya tiada apa yang berlaku.

Srettt..

Pintu bilik adiknya ditolak perlahan.

Tergamam.

Tangan Aryana mula menggigil kuat. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Sungguh, dia tidak sangka yang Aathif dan Adrhiana sanggup melakukan perkara yang terkutuk ini didalam rumah keluarganya.

"Zafran! Apa yang awak buat ni!"

Adrhiana hanya mampu menangis. Selimut ditarik untuk menutup badannya yang tanpa sehelai benang. Bengkak matanya akibat menangis tidak henti dari tadi.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now