PART 22

427 59 3
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

MATA dicelik perlahan apabila terasa sinaran cahaya matahari yang menembusi dari arah tingkap bilik. Matanya terhenti pada seorang gadis yang masih tertidur nyenyak didalam pelukan.

Aaryan tersenyum. Indah betul ciptaan Tuhan. Rambut yang menutupi wajah isterinya diselitkan dibelakang telinga.

Aaryan celik mata nampak isteri. Kalau readers celik mata nampak apa?

Wajah Iris ditenung lama. Jarinya sengaja dimainkan diwajah gadis itu. Kening, hidung, pipi, bibir. Semuanya milik Aaryan.

Berkerut dahi Iris apabila terasa ada yang mengganggu tidurnya. Terdengar keluhan kasar dari bibir gadis itu. Tangannya menepis kasar benda yang menjalar di atas mukanya.

Aaryan mengulum senyum. Sedaya upaya ditahan agar tak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Sayang," panggil Aaryan lembut.

Iris diam tidak membalas. Badan suaminya dipeluk semakin erat.

"Sayang bangunlah. Pukul 10 dah ni."

"Ngantuk," rengek Iris.

Tiba-tiba satu idea terlintas di dalam fikiran Aaryan. Bibirnya mengukir senyuman sinis. "Nak bangun ke, nak abang dukung? Kalau abang dukung, kita kena mandi sekali tau," ujar Aaryan. Telinga Iris digigit manja.

"Ish abang! Jangan gigit-gigitlah. Orang nak tidur ni," dengus Iris geram. Gigi dahlah tajam. Nak gigit-gigit pula.

Aaryan menggeleng perlahan. Punggung Iris ditepuk beberapa kali. Susah juga nak kejut rose yang seorang ni.

"Taknak bangun kan? Then kita mandi sekali. Tiada bantahan," kata Aaryan sebelum mencempung tubuh kecil isterinya itu.

Terbuka mata Iris apabila terasa berada di awang-awangan. Merah merona wajahnya tatkala perasan akan posisi dia dengan Aaryan sekarang ni macam mana.

Tahu tak dia gendong macam mana? Macam koala tau. Bukan piggy back.

Kaki dililitkan di pinggang suaminya. Bau haruman maskulin Aaryan betul-betul membuatkan Iris jatuh suka. "Apa yang duk cium-cium leher abang tu?"

"Hm, abang wangi. Iris suka."

"Iya?" tanya Aaryan sengaja.

Iris mengangguk sebagai balasan. Wajah Aaryan dipandang dengan penuh tanda tanya. "Kenapa abang ada dalam ni lagi? Keluarlah. Bagi Iris mandi dulu."

Bibir Aaryan mengherot senyuman nakal. Sebelah tangannya melingkar dipinggang isterinya.

"Abang cakap apa tadi?"

"Cakap apa?" soal Iris pelik.

"Kalau sayang taknak bangun, abang dukung. Then kita mandi sama-sama," ujar Aaryan ceria.

Terbeliak anak mata Iris mendengar jawapan dari suaminya. Mandi sekali? Aaryan buat lawak di pagi hari.

"Taknak lah. Turunkan Iris."

"No objection," balas Aaryan selamba. Baju dibuka lalu dicampak entah ke mana.

"Lagipun, suami isteri memang wajib mandi sekali," sambungnya lagi. Entah betul entah tidak. Main cakap sahaja.

Riak wajah Iris berubah. Ada sebut dalam al-Quran ke? "Iya ke?" tanya Iris keliru. Tak tahu nak percaya atau tidak.

"Betul. Kalau tak percaya, pergi tanya mummy." Riak wajahnya cuba dikawal. Naif betul isterinya ini.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now