PART 30

422 39 1
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

"HAILEY dengan Hayden mana?"

Iryaz menyoal garang. Semua menggeleng kepala tidak tahu. Keadaan di airport sekarang tidaklah terlalu sesak. Hanya ada segelintir manusia sahaja dan beberapa kelompok keluarga. Itupun kebanyakkannya nampak seperti pelajar.

"Kemana sajalah dua ekor ni. Angah! Call Hayden kejap," arahnya lagi. Terlalu tegas intonasi suaranya. Izzreen menggelupur mencari nama Hayden di senarai kenalannya.

"Tak angkatlah Long."

Iryaz mengeluh kesal.

"Indah, call Hailey."

Indah hanya patuh. Namun panggilannya tidak bersambung juga. Takut-takut sahaja Indah mahu bersuara.

"Err tak ang-"

"Along! Sorry lambat." Belum sempat Indah mahu bersuara, satu suara nyaring menjerit dari arah jauh. Kelihatan Hailey dan Hayden yang sedang berlari ke arah mereka. Iryaz masih kekal dengan wajah dingin.

"Kau kemana? Aku dah cakapkan, semua kena on time! Terhegeh-hegeh. Lain kali tak payah ikut. Menyusahkan!" maki Iryaz sengaja. Dia takdelah marah sangat pun sebenarnya. Cuma dia bengang sebab orang lain semua ikut. Dia je kena tinggal. Sebab kerja. Lagipun Naura tak dapat join sekali. Tak best.

"B-bro, kau janganlah marah Hailey. Aku yang ajak dia ikut sekali tadi," terang Hayden perlahan. Tak berani nak lawan mata dengan Iryaz. Aura lelaki itu terlalu dingin. Macam manalah Naura boleh jadi tunang jantan ni.

Ilham menepuk bahu Iryaz beberapa kali. "Dahlah tu. Lagipun baru je dapat announcement kan? Bukannya kitaorang terlepas flight pun."

Yang lain hanya diam memerhati. Aaryan dari tadi tidak mahu berenggang dengan Iris. Takut hilang katanya. Maklumlah, Iris kan pendek. Kecil pula tu. So kenalah jaga elok-elok.

"Ada barang tinggal tak?" Iryaz menyoal lagi. Dah serupa seorang ayah nak lepaskan anak-anak dia pergi sambung belajar.

"Kalau ada pun kita boleh beli dekat sana," balas Aathif angkuh. Kalau passport kau tertinggal, mana nak beli bang?

"Pandailah kau. Dah pergi cepat. Aaryan, Dian, make sure adik-adik aku selamat. And boys, jangan nak terkinja-kinja sangat perangai. Jaga Iris, jaga Ara," pesan Iryaz tegas sebelum mereka bergerak ke pintu pelepasan.

"Bereh boh!"

Iryaz menggeleng kepala sahaja. Tak sangka dia ditinggalkan. Biarlah, nanti aku dah kahwin memang aku pusing satu dunia. Tak payah balik Malaysia dah.

Kakinya melangkah perlahan beredar dari situ. Tak selesa pula bila ada yang memandang. Baik aku pergi sambung kerja. Dari duduk tercangak dekat sini, bukan dapat ikut pun.

Izzreen Nathaniel p.o.v.

"Weh aku kesian dekat Along."

Isyraf menoleh ke tepi. Wajah abangnya dipandang pelik. "Kenapa pula?"

"Yelah Along kan tak dapat ikut. Lepastu dia senang-senang je bagi kita cuti sebab nak ikut Aaryan. Kerja semua dia yang buat," ujar Izzreen perlahan. Terbit rasa bersalah dihatinya mengenangkan si sulung.

Isyraf membetulkan duduknya. Terasa begitu selesa apabila duduk di first class. Tiada sebarang gangguan. Tempat pun tak sesak sangat. Bebas nak buat apa-apa tanpa diperhatikan.

"Nak buat macam mana? Dia kan sulung. Mestilah kena bertolak ansur dengan adik-adik," balas Isyraf malas. Duduk je dekat seat tu, auto jadi mengantuk. Memang taklah nak berbual lama-lama.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now