PART 39

693 57 5
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

IRIS melangkah perlahan ke arah pintu. Pandangannya samar-samar sahaja ketika ini. Anak matanya melilau memerhati keadaan di hadapan rumah Tuan Ishan.

Bersusun kereta-kereta mewah disitu.
Tahulah Iris yang ahli Cammora dan TheRose juga berada disitu.

Terhuyung-hayang Iris mengatur langkah. Tangannya erat menggenggam fail hitam tadi. Sampai sahaja didepan pintu, air mata Iris mengalir lagi.

"Assalamualaikum..."

Serentak, semua mata memandang ke arah pintu.

"Waalaiku-Ya Allah Iris! Kau okay tak ni? Siapa buat kau? Kenapa menangis? Dengan serabainya." Kalut Indah menyoal. Dia orang pertama yang berlari mendapatkan Iris.

Tuan Ishan dan Puan Nurin juga bangun dari duduk mereka. Jelas riak kerisauan di wajah tua itu. Izzreen dan Isyraf saling berpandangan. Iryaz hanya diam memerhati.

Iris mencari titik keberadaan suaminya. Fail hitam itu digenggam semakin erat. Aaryan juga merenung lama wajah Iris.

"Aaryan..." seru Iris seperti berbisik. Dia melangkah longlai ke arah Aaryan.

Suasana yang riuh menjadi sunyi. Ahli Cammora langsung tidak berani masuk campur. TheRose juga hanya diam menikus.

"Firash Lutfan...Is it your father?"

Aaryan mengangguk.

"Ayana Zafira, your mother?"

Aaryan mengangguk lagi.

"Adele Haelynna Xavier...."

"Your sist-"

"She is." Belum sempat Iris menghabiskan ayatnya, Aaryan terlebih dahulu memotong.

Iris tergelak sinis.

"So, it was them..."

Muka Tuan Ishan berubah. Apa yang Iris maksudkan?

"Iris merepek apa ni? Kenapa tiba-tiba tanya Aaryan macam tu?" soal Tuan Ishan risau.

"Daddy tak tahu atau pura-pura tak tahu?"

"Apa yang-"

"Family dia punca Ayra matikan?"

Aaryan mengangkat kepalanya. Anak mata Iris menyiratkan rasa benci dan dendam. Tangan Iris cuba diraih namun pantas sahaja isterinya menepis.

"Kenapa semua orang diam? Sebab memang dah tahu dari awal? Rose? Korang pun macam tu juga ke?" Iris menyoal lirih.

Kini, wajah adik-beradiknya pula yang menjadi sasaran.

"Along? Angah? Isyraf? Semua dah tahu? Ara?"

Iryaz mengangguk. Dan itu membuatkan Iris tersenyum miring. "Sejak bila?"

"Sebelum korang kahwin," ujar Izzreen perlahan. Dia tahu, hati Iris sudah hancur. Dapat dilihat pandangan kecewa dari anak mata adiknya itu.

Aaryan berjalan mendekati Iris. Air mata wanita itu dilap lembut.

"Sayang, abang-"

"Diam! Aku taknak dengar sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kau!" jerkah Iris lantang. Bergetar bibir menahan esak tangisan. Sesaat kemudian Iris tergelak, sinis.

"How can I trust you Aaryan? Macam mana aku boleh cintakan lelaki macam kau?" Iris menggeleng tidak percaya.

"Iris daddy tak ajar Iris cakap macam ni," tegur Tuan Ishan tegas. Aaryan hanya menggeleng tanda tidak perlu masuk campur.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now