PART 14

615 73 16
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

WAJAH anak gadisnya ditenung lama. Begitu juga dengan Aaryan yang masih dalam mood merajuknya. Aaryan mendengus geram. Iris yang tengah sedap makan aiskrim di sebelahnya dijeling sekilas.

Tuan Ishan berdehem kuat, bagi menarik perhatian semua orang yang berada diruang tamu itu. Iris buat tak tahu, macam lah dia taktahu yang Tuan Ishan cuba nak tolong Aaryan sekarang ni.

"Iris Rosabella."

"Aaryan Xavier."

"Yes?" jawab mereka serentak.

Aaryan dan Iris saling berbalas jelingan. Sibuk je cakap benda yang sama, orang yang jawab dulu tau.

Puan Nurin tersenyum kecil melihat perangai kedua-dua anaknya. Yang seorang dah muncung sedepa, seorang lagi sedap melantak aiskrim.

"Daddy nak tanya lagi sekali. Tolong serius sikit. Aaryan setuju ke tak kahwin dengan Iris?"

Aaryan mengangguk laju. Dia dari awal lagi dah setuju. Orang sebelah ni je yang jual mahal.

"Iris? Setuju ke jadi isteri Aaryan?"

Aaryan memandang muka Iris dengan pandangan yang mengharap.
Setujulah, sampai bila nak main tarik tali ni.

"Iris ikut je."

"Setuju kan?" Siapa lagi kalau bukan Aaryan yang tanya. Bersinar matanya memandang muka Iris.

"Eh sibuk je. Orang cakap dengan daddy lah."

"Sukahati lah. Mulut aku kan."

"Eh eh awak ni."

"Ha apa awak awak." Lidah dijulur sengaja. Sekali-sekala main ejek-ejek macam budak zaman sekarang.

Tuan Ishan dan Puan Nurin berlalu masuk ke dalam bilik. Malas nak dengar dua manusia tu bergaduh. Lagipun mereka dah dengar kata setuju dari dua-dua pihak. Nak duduk menyemak dekat situ lagi kenapa.

Yang tinggal ahli Cammora dengan TheRose yang masih setia melihat drama free depan mata. Naura, Nadia dan Ayesha awal-awal lagi sudah pulang.

"Tu awak tengok abang Ilham. Elok je perangai dia bila dengan Indah," kata Iris. Berubah riak wajah Aaryan.

Yang lain dah kemam bibir menahan diri dari ketawa. Tahulah mereka yang Iris sengaja panggil Ilham dengan panggilan abang untuk menyakat Aaryan.

"Kau panggil dia apa?" tanya Aaryan dengan nada suara yang tak percaya.

"Abang, Ilham," sebut Iris satu persatu.

"A-abang?"

"Yes."

"Kenapa kau panggil jantan tu abang?" Terselit nada cemburu disitu. Ilham sudah tersengih seperti kerang busuk. Haih, kenapa nama dia juga yang kena petik. Padahal semua ahli Cammora lagi tua dari Iris kut.

"Why? Tak salah pun kan. Jarak umur kitaorang kan jauh. So, kenalah panggil abang," balas Iris selamba.

"Aku yang sebaya dengan Ilham ni, taknak pula kau panggil abang ke?" Cemberut wajah Aaryan ketika ini. Cemburu juga bila Iris panggil Ilham seperti itu.

"Awak kan future husband saya."

"Apa kena mengena kalau aku ni future husband kau?" potongnya laju. Bengang habis.

Iris merapatkan bibirnya ditepi telinga Aaryan.

"I prefer to call you mine, my dear future husband," bisik Iris perlahan. Cukup Aaryan seorang sahaja yang dengar ucapan manis yang keluar dari mulut gadis itu.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now