PART 2

979 91 5
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

Tuan Ishan's Mansion

SEMUA ahli keluarga Tuan Ishan sudah berkumpul termasuk kawan rapat ketiga anak lelakinya yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.

Camorra.

Nama yang tidak asing dan selalu menjadi bualan orang. CEO muda dan kacak yang terpengaruh dan dihormati ramai.

Enam orang jejaka yang mempunyai rupa paras yang mampu mengkhayalkan semua gadis. Hidup dalam kemewahan dan disanjung ramai. Tak boleh pertikaikan kehebatan mereka dalam membuat kerja. Terlalu sempurna.

Bertahun-tahun hidup, tak pernah langsung terlintas dalam fikiran untuk mencari teman hidup. Ramai yang berebut-rebut nak menawan hati setiap seorang dari mereka. Tetapi hanya dengan satu alasan, mereka bebas dari gadis-gadis miang diluar sana.

"Saya terlalu baik untuk awak yang naudzubillah perangainya."

Bagi mereka, biarlah jodoh itu datang dengan sendiri. Tak perlu dicari. Mereka pasti beristeri juga suatu hari nanti. Jika dipanjangkan umur.

Mereka berenam mula mengenali anak-anak Tuan Ishan dari sekolah rendah lagi. Kecuali Iris dan juga Irish. Banyak jasa Tuan Ishan sekeluarga kepada mereka berenam.

"Well, well, well, anak-anak daddy dah besar sekarang. Dah ada company sendiri. Tengok rupa pun makin handsome," usik Tuan Ishan.

"Eh daddy baru tahu ke? Tapi kena betulkan sikit ayat daddy tu. Sebab Aathif sorang je yang makin handsome. Yang lain sama je rupa dengan jalan tar," balas Aathif tanpa rasa berdosa.

"Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tin, ayat 4 yang bermaksud, Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian," balas Hayden.

"Masa dekat Itali, dia buat plastic surgery," fitnah Harith. Turut membalas hinaan Aathif kepada mereka.

"Kalau rupa ada tapi akhlak takde, baik masuk kubur je Aathif," sambung Dian sebelum ketiga jejaka itu berhigh five sesama sendiri.

Terkedu Aathif dibuatnya. Lagi-lagi bila dia dengar kata-kata Hayden. Sungguh menusuk kalbu.

"Kenapa diam?" soal Dian. Riak wajahnya seakan-akan mengejek jejaka itu.

"Adakah anda terlalu terkedu, terkaku, terkejut serta terkentut?"

Mereka berempat ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Aathif. Lain kali kalau nak mengata, tengok dulu lawan kau siapa. Ha diam terus kau.

"Diamlah. Gelak pun macam dato Vida," berdesing telinganya mendengar gelak tawa dari tiga ekor monyet tu.

"Aik, marah ke bang?" Makin galak Harith ketawa melihat reaksi muka Aathif. Nampak asap keluar dari tepi telinga. Macam kereta api tu. Choo choo.

Belum sempat Aathif ingin membalas, satu suara menegur mereka dari arah belakang. Terus dibatalkan niatnya tadi.

"Apa yang bising sangat ni? Sampai dalam boleh dengar," sampuk Puan Nurin, ibu Iris.

"Budak-budak ni ha, bergaduh sesaja. Abang layan je lah," balas Tuan Ishan.

Puan Nurin hanya mampu menggeleng kepala. Suami dia memang macam ni. Ada masalah otak yang berpanjangan.

"Aaryan dengan Ilham mana?"

"Sampai lambat sikit. Taktahu pergi mana dua- " percakapan nya terhenti dek kerana terdengar bunyi hon yang agak kuat.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now