PART 20

602 72 13
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

AARYAN memandang satu persatu wajah kawan baiknya. Ahli Cammora yang lain semua segak berbaju melayu. Hanya Aaryan yang masih terpinga-pinga.

"Guys, seriouslah korang tak reti nak lipat sampin?" soal Aaryan dengan nada yang gusar. Dia menjeling sekilas jam tangannya. Lagi setengah jam, majlis dah nak mula.

Mereka mengangguk serentak. Nak minta tolong Tuan Ishan, tapi tak nampak pun batang hidung orang tua tu dari tadi.

"Habis tu siapa yang nak tolong aku ni? Lagi setengah jam kut."

Ilham menggaru kepalanya. Kenapa rumit sangat masalah Aaryan ni. Nak kahwin, tapi tak reti nak lipat sampin. Kan dah kalut sekarang ni.

"Nak aku cari daddy ke?" soal Hayden. Saudara-mara mereka sudah menunggu diruang tamu. Tak elok pula biar tetamu tunggu lama.

Aaryan memandang wajah lelaki itu dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa daddy pula? Pergi je lah panggil Iris. Suruh dia tolong aku," arah Aaryan dengan riak wajah yang selamba.

Pang!

Semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan Harith. Aaryan terdiam, cuba memproses apa yang telah terjadi. Harith menayang riak wajah yang bangga. Kening dijongket kan beberapa kali sambil tersenyum sinis.

"Kenapa kau lempang Aaryan, Rith?" tanya Dian.

"Yelah, bodoh ke apa? Mana boleh Iris tolong dia, tak halal lagi. Nanti kalau terpegang tempat lain, siapa nak tanggung?" balas Harith dengan yakin.

Yang lain terdiam. Masih terkejut sebenarnya. Tiba-tiba lempang anak orang. Wajah Aaryan sudah merah menahan geram.

"Tapi kuat kau lempang tu Rith," kata Aathif.

Harith terdiam. Bagai tersedar akan kesilapannya. Dia tersengih kelat kepada Aaryan. "Manalah a-aku tahu. Sorry Aaryan, j-jangan marah. Nanti hilang seri pengantin." Lengan sasa Aaryan diusap lembut tanda memujuk.

Harith dijeling tajam. Sekarang bukan masanya untuk membalas dendam. Yang penting sekarang ni, siapa nak tolong dia pakaikan sampin?

"Kau bukan ke selalu masuk nasyid dulu? Takkan tak reti kut," ujar Aaryan sambil memandang wajah Aathif. Dengan harapan yang Aathif akan menolongnya.

"Memanglah. Tapi masa aku cuba lipat tu, tak jadi bentuk sampin pun."

"Habis tu? Jadi bentuk apa?" soal Hayden ingin tahu.

"Tengkolok."

Serentak, semua yang berada di dalam bilik itu mengalihkan pandangan mereka ke arah lain. Bibir dikemam kuat, menahan diri dari ketawa.

"Kau-"

Belum sempat Aaryan membalas, pintu bilik itu dibuka kasar dari arah luar. Terjengul wajah Tuan Ishan yang menatap mereka dengan muka yang terkejut.

"Ya Allah, ya Rabbi. Kenapa tak siap lagi ni Aaryan? Sepuluh minit je lagi ni," bebel Tuan Ishan.

Cemberut sahaja wajah Aaryan ketika ini. Bebelan Tuan Ishan lagi teruk dari Puan Nurin sebenarnya. Jelas wajah Aaryan yang terpaksa mendengar Tuan Ishan memarahi dirinya sekarang ini.

"Tak reti nak pakai benda ni." Tuan Ishan menggeleng kepalanya. Kebodohan anak angkatnya tak dapat ditandingi.

"Sini daddy tolong. Yang lain jangan nak menyemak dekat sini, pergi turun bawah terus," arah Tuan Ishan.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now