3| LEANNA NOA

4.8K 247 7
                                    

Mata yang terpejam rapat, dicelik perlahan-lahan. Sejurus itu, rasa berpinar-pinar di kepala mula menyerang. Leanna cuba menegakkan kepala namun rasa pening terasa semakin menyucuk sehingga ke otak.

Pandangan yang kabur mula menjadi semakin jelas. Sekeliling diperhati dan perlahan Leanna sedar tentang sesuatu.

Ini bukan rumahnya!

Leanna bingkas bangun tanpa mempedulikan kepala yang masih rasa pening.

Mulut terjerit kecil apabila terlihat tubuhnya hanya dibaluti comforter putih tanpa seurat benang.

Peluh dingin mula hadir di dahi. Kuku digigit bersama perasaan gementar memerhati pakaiannya bertaburan di atas lantai.

"Good morning, Vanilla."

Suara asing itu hampir mengeluarkan jantung Leanna. Kepala ditoleh ke arah pintu bilik.

Seorang lelaki tanpa baju bersama tuala yang membaluti pinggang sedang tersenyum melihatnya.

Leanna memeluk kedua belah kaki di saat lelaki itu semakin mendekat.

"Nak mandi?" soal Azrael merebahkan punggung di birai katil.

"A-awak siapa? Apa yang awak dah buat pada saya?" kedengaran esakan kecil di bibir Leanna.

"Takkan you dah lupa apa yang kita dah buat semalam?" bibir Leanna disentuh namun pantas ditepis.

Kepala menunduk enggan melihat wajah Azrael. Senyuman lelaki itu sangat menakutkan. Tubuhnya menggelatar hebat.

"We had a great night, babygirl. I masih rasa sampai sekarang. I nak lagi boleh?" kali ini Azrael mendekatkan wajahnya mahu merasai bibir mungil Leanna.

"Jangan sentuh saya!" sekuat hati Leanna menolak tubuh Azrael sehingga lelaki itu hampir jatuh ke lantai.

Azrael masih setia dengan senyumannya. Itu yang membuatkan Leanna semakin takut.

Pakaian Leanna diambil dan disuakan kepada gadis itu. Tangan Leanna merampas kasar.

"Kalau I nak lagi, I cari you okay?" hidung Leanna dicuit sekilas lalu bingkas bangun.

Leanna ditinggalkan keseorangan di dalam bilik. Air mata tidak berhenti membasahi pipi.

Apa yang aku dah buat?










Davinna tidak senang duduk. Mata asyik memandang telefon bimbit dan daun pintu silih berganti. Hari sudah menjelang pagi namun kelibat Leanna masih belum hadir.

Erika di sebelah hanya mampu membisu kerana masih bertarung dengan rasa serba salah. Awal pagi tadi dia mendapat panggilan telefon dari kakak Leanna dengan berita Leanna langsung tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

"Kak, Erika minta maaf. Semua ini salah Erika. Erika tahu-"

Bunyi pintu di buka serentak mengalih perhatian Davinna dan Erika.

"Lea!" Davinna terjerit kecil setelah melihat adiknya muncul di muka pintu.

Tubuh Leanna dipeluk erat. Nafasnya di hembus penuh rasa lega.

"Lea pergi mana? Kakak risau sangat-sangat. Hampir mati kakak dibuatnya." pipi Leanna disentuh.

Leanna hanya menarik senyuman hambar.

"Malam tadi Lea tidur rumah kawan. Bateri phone Lea habis so Lea tak dapat bagitahu kakak. Sorry." balas Leanna lancar dan selamba.

"Tidur rumah kawan? Kawan Lea yang mana satu pula ni? Erika bagitahu kakak Lea tak tidur rumah dia." Davinna jadi pelik.

Wajah Leanna terus berubah tegang apabila menyedari kehadiran sahabatnya di situ.

"Bukan dia saja kawan Lea. Okay lah kak. Lea naik atas dulu. Nanti Lea lambat pula nak ke kelas." pamit Leanna tanpa mempedulikan Erika di situ. Semua ini tidak akan terjadi kalau Leanna tidak pergi menemui Erika semalam!

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now