19| LEANNA NOA

1.6K 149 9
                                    

Mata tajam memerhati pasangan kekasih yang hanyut dengan dunia asmara yang mereka cipta sendiri. Sedikit pun pandangan mata Azrael tidak lepas memerhati Natasya dari jauh. Walau suasana kelab malam kelihatan agak samar namun setiap apa yang dilakukan Natasya bersama lelaki asing itu sangat jelas di mata Azrael.

Azrael tahu, Natasya memang sengaja mahu menambah api untuk hatinya yang sedang kecewa. Natasya mahu menduga perasaannya. Dan untuk kesekian kalinya, Natasya menang lagi.

Dia masih belum dapat melupakan Natasya walau bagaimana sekalipun gadis itu telah melukakan hatinya berulang kali. Azrael tidak sanggup melihat Natasya bersama lelaki lain apa lagi dengan apa sedang Natasya lakukan dengan lelaki itu sekarang.

Mengapa Natasya sudah jauh berubah?

Azrael bingkas bangun mahu mendekati Natasya. Matanya sudah terlalu sakit menyaksikan pemandangan jelik yang telah diciptakan oleh Natasya untuk dipertontonkan kepadanya.

You menang, Natasya! I kalah lagi.

"Azrael, tunggu."

Terasa lengannya di sambar dari belakang sehingga langkah kaki mati di situ.

"Jangan bagitahu aku yang kau nak pergi ke sana." larang Ian bersungguh-sungguh.

Azrael mengecilkan mata memerhati figura yang sedang berdiri di hadapannya. Alkohol yang diteguk berjaya mengaburi deria penglihatan tapi berbeza jika melihat Natasya.

"Ian..." Azrael senyum. Lengan sahabatnya ditepis perlahan dan setelah itu dia kembali membuka langkah.

"Az, please. Know your worth. Ingat, Natasya dah banyak kali lukakan hati kau. Sekarang kau tengok. Dia sedang cuba nak calar ego kau. Dia tak layak untuk kau, Az. Lupakan dia. Jangan buat benda yang akan buatkan kau makin sakit. Jom, kita balik." Ian tarik lagi lengan Azrael.

"But I still love her. Kau tak akan faham." Azrael menggeleng kepala. Sesekali matanya memandang semula ke arah Natasya.

Senyuman dan tawa gadis itu di samping orang lain seakan racun buat Azrael.

"Cinta tak akan buat kau jadi teruk dan bodoh macam ni, Az. Natasya tu jahat. Dia jahat sebab dia dah seksa kau seteruk ini. She's fucking toxic to you. Aku sampai dah tak boleh kira berapa kali dia dah lukakan hati kau. Kenapa kau tak sedar-sedar lagi?" Ian mula geram.

Dia tahu menasihati Azrael yang sedang di dalam keadaan mabuk adalah perbuatan yang sia-sia. Tapi sampai bila dia harus membiarkan Azrael jadi seperti ini disebabkan Natasya?

"Jaga mulut kau, Ian. Yang kau hina tu girlfriend aku." nada suara Azrael mula kedengaran marah.

"Ex girlfriend by the way." sinis Ian menjawab.

Azrael mendecit geram. Tanpa mempedulikan Marcel, Azrael sekali lagi membuka langkahnya yang sedikit terhuyung-hayang mendekati Natasya dan lelaki asing itu.

Api cemburu berjaya menguasai diri. Dia tidak akan membiarkan lelaki sial itu dekat dengan Natasya.

Ian di belakang berusaha mengejar Azrael. Namun belum sempat Ian datang, Azrael sudah jatuh terjelepok di atas lantai disebabkan tumbukan padu daripada Dean iaitu lelaki bersama Natasya tadi.

Orang ramai yang berada di situ mula mengerumuni mereka. Dan seperti biasa, masing-masing mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam dan dimuat naik ke dalam laman sosial.

"Kau dah kenapa, sial?! Datang-datang nak kacau girlfriend orang!" suara besar Dean hampir menandingi bunyi dentuman muzik di dalam kelab malam tersebut.

Wajahnya menyinga memandang Azrael yang terduduk lemah di atas lantai.

"Sya, I-i miss you..." Azrael berjaya semula dan mahu mendekati Natasya.

"Sial lah!" satu tendangan kuat Dean hadiahkan di perut Azrael dan sekali lagi Azrael jatuh terlentang di atas lantai.

"Kurang ajar!" Ian muncul dan tidak sempat Dean mengelak, satu tumbukan kuat di balas ke wajah kacak Dean sehingga dia turut jatuh di atas lantai.

Dean bingkas bangun mahu melawan namun ada tangan cuba menghalang perbuatannya supaya pergaduhan tidak berlarutan.

Ian memandang ke arah Natasya. Senyuman gadis itu membuatkan hatinya bertambah panas.

"Puas hati you?!" tempik Ian.

Natasya hanya diam. Senyuman malah semakin lebar. Riak wajah sinisnya cukup memberikan jawapan kepada Ian.

Ya, dia puas!

Telahannya tak pernah salah tentang Azrael. Cepat atau lambat Azrael pasti menyembah kakinya lagi. Natasya tahu perasaan lelaki itu kepadanya tidak akan pernah terpadam.

Buktinya, sekarang Azrael seperti orang gila. Gila kerana melihat dia bersama lelaki lain.

You akan tetap selamanya milik I, Azrael!

Ian pusing ke belakang untuk mendapatkan Azrael namun kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan di tempat tadi.

Mata melilau cuba mencari Azrael di sekeliling.

Ah sudah, ke mana pula Azrael pergi?

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now