8| LEANNA NOA

5K 338 11
                                    

Sebaik saja kelas tamat, Leanna bergegas ke lokar untuk mengambil beberapa barang dan berniat mahu pulang ke rumah.

"Lea..."

Pergerakan tangan Leanna mati. Wajah tergamam mendengar suara itu memanggil namanya. Perlahan pintu lokar ditutup. Wajah sugul Erika yang menunduk menyapa pandangan mata.

Masuk hari ini, sudah dua minggu dia cuba menghindar untuk bertemu dengan Erika. Tapi nampaknya, Erika masih belum putus asa untuk menemuinya.

"Lea, kau masih marah dekat aku?" soal Erika perlahan.

Leanna mengeluh perlahan. Muka Erika yang dari tadi tunduk itu diperhati lama.

"Aku minta maaf, Lea. Sepanjang kita berkawan, aku lah yang paling banyak menyusahkan kau. Aku memang kawan yang tak guna. Kalau kau tak nak tengok muka aku lagi, aku faham-"

"Erika." lengan Erika disentuh lembut. Kepalanya mula menegak memandang wajah Leanna.

"Aku tak patut marah kau lama sangat. Kau tak salah pun. Aku minta maaf." luah Leanna.

Bila difikirkan lagi, apa yang terjadi di antara dia dan Azrael pada malam itu bukan salah Erika. Tony lah puncanya. Erika hanya mahu melepaskan rasa sedih selepas perpisahan dia dan Jaden. Gadis itu tidak tahu apa-apa.

"Kita lupakan perkara yang lepas, okay?" Leanna senyum nipis. Erika pula sudah mengalir air mata kerana terlalu terharu. Tubuh ramping Leanna terus dipeluk erat.

"Aku rindu kau, Lea." Erika menangis teresak-esak di bahu Leanna.

Dia hampir saja kehilangan sahabat sebaik Leanna. Berpisah dengan Jaden pun Erika tidak rasa sesedih ini berbanding Leanna yang seakan mahu memutuskan persahabatan mereka.

Leanna ketawa kecil membalas pelukan Erika.

"Aku pun rindu kau." balas Leanna.

"Sudahlah. Tak payah nangis lagi. Apa pula orang fikir nanti." Leanna seka air mata Erika.

"Ini air mata kerinduan tau. Kau tak tahu betapa terseksanya aku bila kau sengaja jauhkan diri dari aku." Tangisan Erika semakin rancak.

"Eleh, mengadanya. Air mata kerinduan konon. Drama queen." usik Leanna menarik telinga Erika.

"Kau free tak sekarang? Kita pergi rumah aku nak? Hari ni Kak Davinna ada masak special untuk makan tengahari." ajak Leanna.

Mata Erika kembali bersinar.

"Nak! Aku pun rindu nak rasa masakan Kak Davinna dan lepak dengan kau." Erika melompat-lompat kecil tanda teruja.

Leanna menggeleng kecil bersama tawa kecil. Seronok saja kalau orang ajak dia makan.

"Jom!" Leanna memaut lengan Erika. Kedua sahabat itu bersedia untuk melangkah pergi.

"Leanna!"

Suara itu menghentikan kaki Leanna dan Erika. Serentak mereka berdua berpaling ke belakang lalu saling berpandangan.

Ian?

Erika jadi pelik. Sepanjang berkawan dengan Leanna dan mengenali Ian, ini pertama kali Ian menegur Leanna.

"Lea, tunggu I kejap." Ian mempercepatkan lagi langkah mendekati gadis cantik itu.

"Iya?" Leanna angkat kening sebaik saja Ian sudah berdiri di hadapannya.

"You ingat I lagi kan?" tanya Ian senyum meleret.

Leanna senyap sebentar cuba mengingat lantas turut senyum mengangguk kecil.

"Ingat."

Semakin lebar senyuman Ian.

"Sejak bila you dengan Lea pandai bertegur sapa?" sampuk Erika pula memandang wajah Leanna dan Ian silih berganti.

"Dia kawan you mestilah I kenal." jawab Ian.

"Iya ke?" Erika mengecilkan mata tanda curiga. Tak pernah-pernah pun sebelum ini. Tiba-tiba pula.

"Hari tu Ian pergi kedai aku, masa nak bayar dia lupa bawa duit." cerita Leanna selamba.

"Lea, you ni tak sporting langsung lah. Sengaja nak bagi malu I kali kedua." ujar Ian membuatkan Leanna ketawa kecil.

"Oh. Hm. Kalau aku pun, confirm aku ingat sampai bila-bila orang tak bawa duit masa nak bayar di kaunter. Entah-entah dia memang sengaja cakap lupa bawa duit, padahal nak buah percuma." beritahu Erika pula.

"You jangan nak tuduh I ya? I memang lupa bawa duit masa tu. Tak percaya, tanya Leanna." wajah Ian berubah masam.

Leanna dan Erika serentak ketawa. Alah, orang gurau saja pun.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" soal Leanna.

"Oh ya." Ian teringat semula tujuan utamanya mahu mencari gadis itu.

"Hari tu kan you dah belanja I, jadi hari ini I nak tunaikan janji you." jawab Ian malu mengusap belakang leher.

"Janji apa?" soal Leanna hairan.

"Iya, Ian? Janji apa?" Jaden tiba-tiba muncul disebelah lalu memeluk bahu sahabatnya.

Serta-merta wajah Erika terus berubah melihat kehadiran Jaden. Leanna menggeleng kepala kecil ke arah Erika tanda memberikan isyarat kepada gadis itu supaya bersabar.

"Lea? Kau belanja apa je dekat Ian ni? Oh, rupanya kau bukan tidur dengan Azrael saja ya? Ian pun? Wow. Kau hebatlah, Lea." Jaden bertepuk tangan.

Degupan jantung Leanna tiba-tiba berhenti. Darah menyirap sehingga ke kepala. Wajahnya berubah pucat.

Bagaimana Jaden tahu?

Leanna pandang wajah Azrael di sebelah Jaden. Lelaki itu langsung tidak memberikan apa-apa reaksi.

"Hey Jaden! Jaga sedikit mulut you! Jangan jadi manusia yang tahu nak menyakitkan hati orang saja. Cukup you lukakan hati I, bukan kawan I." Erika tunding jari ke arah Jaden.

Lelaki itu sangat keterlaluan.

Jaden mendecit sinis memandang Erika.

"Kau merepek apa ni? Kau sedar tak benda yang kau cakap tadi tu? Kalau kau nak bergurau sekalipun, bertempat sikit." Ian menggeleng kepala.

"Aku tak merepek, Ian. Perempuan yang tidur dengan Azrael malam tu, Lea lah orangnya. Aku pun tak sangka tau. Kawan kita ni tak pernah sentuh mana-mana perempuan pun sebelum ni tapi bila dia dengan Lea lain pula yang jadi. Dan aku pun tak hairan kalau kau pun sanggup tidur dengan Le-"

'PAP!'

Tamparan kuat Erika mematikan percakapan Jaden.

"Erika!" suara Jaden nyaring. Wajahnya bengis memandang gadis itu.

"Perempuan tak guna!" tangan diangkat tinggi mahu membalas tamparan Erika namun sempat di tahan Azrael.

"Kau tu yang tak guna! Manusia macam kau tu lebih baik mampus dari tahu nak menyakitkan hati orang saja. Sekali lagi aku dengar kau berani hina Leanna depan aku, nahas kau. Dan kau kena ingat juga. Kau dah bagi malu keluarga aku lepas putuskan pertunangan kita. Jadi, kau tunggu balasan keluarga aku nanti." ugut Erika.

Lengan Leanna di tarik membawa gadis itu pergi dari sini.

Bersama air mata yang bergenangan, pandangan kabur Leanna sempat memandang ke arah Azrael lagi.Mata mereka saling bertaut. Pandangan Azrael kosong seperti tadi.

Tiada kata maaf buat lelaki bernama Azrael Giovanni.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now