24| LEANNA NOA

1.6K 143 4
                                    

Langkah Azrael di bawa ke kafeteria setelah selesai kelas bersama Mr Isa sepanjang hari ini. Perut minta diisi dengan segera sebelum pulang ke rumah.

Azrael berjalan menuju ke meja yang diduduki oleh Jaden dan Ian apabila terlihat kedua sahabatnya sedang duduk di situ.

"Rasa macam lama tak nampak kau kan?" tegur Jaden setelah Azrael selesai membuat pesanan makanan dan mengambil tempat di sebelahnya.

"Aku yang patut tanya soalan tu pada kau. Lepas putus tunang, aku jarang nampak kau di kelab. Takkan frust sangat dengan Erika kut. Kata playboy. Carilah yang lain." balas Azrael sengaja mengusik Jaden.

"Bukan frust, Az. Kena kurung dengan bapak dia. Malam-malam tak boleh keluar rumah. Lepas habis kelas terus balik rumah. Kau tak dengar ke hari tu Erika ugut dia. Itu lah kau, main-main lagi dengan family Erika tu." sampuk Ian lagi.

"Aku tak minta pun nak bertunang dengan Erika. Family aku dengan family dia yang beria-ia nak jodohkan kitaorang. Katanya nak kembangkan business lah. Bila dah jadi macam ni semua jari nak tunding pada aku pulak. Sial betul." luah Jaden.

Dari awal lagi Jaden tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan yang diatur oleh keluarganya dan keluarga Erika. Bagi Jaden, dia masih muda dan belum bersedia untuk memegang tanggungjawab serta komitmen yang berat apa lagi perkahwinan.

Biarlah dia menikmati zaman bujangnya yang dilimpahi wang, perempuan dan masa yang ada terlebih dahulu. Dah puas baru fikir fasal isteri. Tak gitu?

"Siapa suruh gatal sangat? Yang kau pergi curang tu buat apa? Bincanglah elok-elok. Kan senang?" Ian geleng kepala.

"Senang kau cakap. Tapi kan kalau family aku jodohkan aku dengan Leanna mungkin aku boleh pertimbangkan lagi. Aku boleh je setia sampai mati kalau itu yang Lea-"

Jaden terjeda seketika apabila terlihat Azrael dan Ian serentak memandang tajam ke arahnya.

Bibir digigit menahan senyum sinis.

"Jadi rupa-rupanya kau berdua minat pada perempuan yang sama."

Azrael dan Ian saling berpandangan.

"Aku tak ada apa-apa perasaan pada dia t-tapi aku tak suka kau guna nama dia dalam topik perbualan macam ni." nafi Azrael.

Coke Zero dihadapannya disedut untuk membuang rasa canggung.

Jaden mendecit sinis.

"Aku tak kisah kalau kau berdua suka pada perempuan yang sama tapi aku harap kau berdua masih dapat berfikir dengan waras. Jangan disebabkan perempuan, persahabatan kita hancur." beritahu Jaden berterus-terang.

Azrael dan Ian sama-sama diam.

"Tak pun cari perempuan lain saja. Senang. Macam ex kau, Az. Petik jari saja terus dapat. Apa susah." Jaden membuang pandangannya ke arah pasangan kekasih yang sedang bemesraan di meja tidak jauh dari mereka.

Nampaknya, Azrael dan Natasya secara rasmi sudah putus hubungan. Tengoklah sekarang Natasya mula berani menunjukkan sikap sebenarnya di hadapan Azrael. Setiap hari bersama lelaki yang berbeza. Atau mungkin sebenarnya Natasya sengaja berbuat begitu kerana mahu menyakitkan hati Azrael.

"Aku harap kau sedang belajar untuk lupakan dia, Az. Kau berdua tak sesuai bersama. Toxic. Dia tak layak untuk kau. You deserve better than her." Ian menasihati Azrael.

Melihat wajah merah Azrael dan mata tajamnya yang memerhati Natasya memberikan kesimpulan untuk Ian bahawa sahabatnya itu masih belum dapat melupakan Natasya.

Betul kata orang. Cinta pertama memang susah untuk dilupakan.

"Az, kau nak pergi mana?" soal Jaden terkejut apabila melihat Azrael tiba-tiba bingkas bangun. Azrael terus berlalu pergi.

"Azrael!" panggil Ian.

Dia dan Jaden saling berpandangan antara satu sama lain.

Jangan buat hal lah, Az!

LEANNA NOATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon