13| LEANNA NOA

3.2K 280 17
                                    

"Kita balik saja lah kak. Lea tak nak datang sini. Macam mana kalau Datin Eliza marahkan Lea?" luah Leanna gelisah.

Ini semua idea kakaknya sehingga membawa mereka berdua menjejakkan kaki ke rumah agam keluarga Azrael.

Sudah 3 hari lelaki itu tidak turun ke kolej, jadi Leanna tidak berpeluang untuk bertemu dengan Azrael dan meminta maaf.

Dan itu yang membuatkan Davinna memaksa Leanna datang ke sini. Siap dia minta Leanna masakkan bubur ayam untuk Azrael sebagai tanda maaf.

"Lea jangan nak merepek. Kalau Lea tak minta maaf itu lagi buatkan Datin Eliza marah pada Lea. Tahu buat salah tahulah minta maaf." Balas Davinna lagi

"Lea tak sengaja. Bukan Lea saja-saja nak sakitkan anak orang."

"Samalah tu, Lea. Kalau Lea tak sengaja sekalipun Azrael tetap masuk hospital disebabkan Lea." Davinna menjawab.

Leanna menarik muka masam. Memang ada betulnya apa yang dikatakan Davinna. Tapi perlu ke minta maaf tu sampai nak datang ke sini? Tak boleh ke tunggu sampai Azrael sembuh?

"Lama you berdua tunggu?" Datin Eliza akhirnya muncul. Mereka saling berpelukan.

"I dah siapkan minum petang. Kita duduk di luar. Angin petang macam ni sejuk sikit. Mari." ajak Datin Eliza teruja.

"T-tapi Datin, sebelum tu..." Davinna berhenti bersuara. Wajah adiknya di pandang meminta Leanna menyatakan tujuan sebenar mereka datang ke sini.

"D-datin, sebenarnya saya datang ke sini sebab nak minta maaf fasal apa yang dah jadi pada Azrael. Saya tak sengaja dan saya betul-betul tak tahu yang Azrael ada alergik-"

"Ala, Lea ni. Ingatkan apa tadi." Potong Datin Eliza.

"Biasa lah tu. You kan tak sengaja. Jangan risau sangat." Datin Eliza ketawa kecil.

Leanna menarik nafas lega.

"Oh ya? Lea nak jumpa Azrael ke? Dia ada rehat dekat atas tu. Tengok ada bawa bekal tu mesti nak bagi dekat Azrael kan?" Puan Francesca senyum mengusik.

"Boleh juga, Datin. Ni Lea memang ada masakkan bubur untuk Azrael." sampuk Davinna.

Membengkak hati Leanna mendengar jawapan Davinna. Pinggang kakaknya dicubit geram.

"Kalau macam tu Lea naiklah atas. Bilik Azrael hujung sekali sebelah kanan. I dengan kakak you nak borak-borak di luar dulu ya." Datin Eliza pamit bersama Davinna meninggalkan Leanna di situ.

Leannna hampir mahu menjerit. Dia tak nak jumpa si setan tu lah!

Bibir mendengus kasar berkali-kali sebelum kaki membuka langkah untuk naik ke atas.

Tangan teragak-agak mengetuk daun pintu sebaik tiba di hadapan bilik tidur Azrael. Namun, mahu tidak mahu, tangan dipaksa jua untuk mengetuk.

"Masuk." suara serak Azrael dari dalam membuatkan Leanna sedikit kecewa.

Ingatkan tidur jadi boleh dia turun ke bawah semula.

Perlahan tombol pintu dipulas dan melangkah masuk ke dalam.

"Hi, Vanilla." suara Azrael menyapa. Wajahnya menjadi berseri.

"Dah tak tahan sangat ke sampai cari I di sini? You sabar sikit okay? I masih tak sihat." Azrael tayang senyum nakal.

Leanna menghentak kuat bekas makanan pada meja kecil di sebelah katil Azrael.

Melihat kelakuan miang Azrael itu menghilangkan segala perasaan serba salahnya.

Kenapa lah lelaki ini tak mati terus hari tu?!

"Saya datang sini sebab kakak saya yang paksa. Awak ingat saya hadap sangat nak tengok muka awak?" marah Leanna.

Wajah merah Leanna itu mengundang tawa Azrael. Langsung tak takut pun sebab comel sangat. Eh?

Leanna bercadang mahu segera keluar dari bilik Azrael. Datang ke sini hanya menambahkan dosa Leanna saja.

"Suaplah. I lapar." Lengan Leanna sempat di sambar.

"Tangan ada kan? Makan sendiri lah!" bentak Leanna geram. Mengada betul.

"Nak I makan makanan yang you bawa ke nak I makan you? Ini rumah I, Lea so I can do anything. Choose." ugut Azrael.

Leanna diam sambil menjeling tajam. Sejujurnya Leanna takut dengan ugutan itu. Azrael ini memang pantang dicabar.

Dengan rasa terpaksa Leanna merebahkan punggung di sebelah Azrael. Bekas makanan tadi diambil, sudu yang sudah terisi dengan bubur disuakan ke bibir Azrael. Kasar.

Azrael senyum puas sebelum membuka mulut.

"Sedap. Pandai you masak." Puji Azrael ikhlas.

"Mestilah sedap. Saya letak racun tikus tadi." balas Leanna selamba sambil sibuk menyuap Azrael.

Azrael ketawa mengekek mendengar jawapan Leanna.

"Kalau I mati, I bawa you sekali tau." Azrael senyum senget.

"Sorry, tak takut pun." Leanna menjuling mata ke atas. Ketawa Azrael semakin nyaring. Entah kenapa Leanna pandai pula buat lawak hari ini.

Leanna terpandang lesung pipit milik Azrael di saat lelaki itu sedang asyik ketawa. Manis! Tapi Leanna langsung tidak terpikat.

Dia akui Azrael memang kacak dan sejujurnya dengan wajah yang dimiliki oleh lelaki itu sangat menepati ciri yang diminati Leanna. Namun sikap Azrael merosakkan segala-galanya. Mati hidup semula pun Leanna tidak akan bersama dengan lelaki seperti Azrael.

Leanna lebih rela hidup single sampai mati.

"Hello, Sya." suara Azrael menyedarkan lamunan Leanna.

Leanna sua sudu berisi bubur ke bibir namun pantas ditolak Azrael.

"Dah kenyang. You boleh keluar sekarang." bisik Azrael menutup iphone bimbit di tangan.

Yes! Leanna bersorak di dalam hati.

Terima kasih Natasya kerana telah menyelamatkan dia dari lelaki syaitan itu sekali lagi.

LEANNA NOADove le storie prendono vita. Scoprilo ora